Sukan SEA: Seni regu lelaki beri emas pertama silat

 

SUBIC, Filipina - Pasukan seni regu lelaki negara menggengam pingat emas pertama bagi pasukan silat Singapura petang ini (2 Disember).

Trio perwira negara yang terdiri daripada Nujaid Hasif Zainal Abidin, Muhammad Nazrul Mohd Kamal dan Hamillatu Arash Juffrie mengumpul 466 mata untuk menyingkirkan enam pesaing lain. 

Ini merupakan pingat kedua diraih Singapura di Pusat Pameran dan Konvensyen Subic Bay (SBECC) hari ini. 

Thailand (458 mata) meraih pingat perak manakala Malaysia (453 mata) terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Singapura mendapat pingat gangsa dalam acara seni regu lelaki di edisi lalu di Kuala Lumpur.