CLARK - Bintang pecut negara Shanti Pereira meraih pingat gangsa dengan catatan masa 23.77 saat dalam acara 200 meter wanita di Stadium Atletik New Clark City di Clark petang ini (7 Disember).
Shanti, 23 tahun, sekali gus mengulangi pencapaian pingat perak di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Atlit pecut tuan rumah Kristina Knott menjadi pesaing pertama untuk melepasi garisan penamat dengan catatan masa rekod baru temasya sukan itu, 23.01 saat manakala Le Thu Chinh dari Vietnam, yang juga juara bertahan, mengakhiri perlumbaan ditempat kedua.
Pingat gangsa yang diraih Shanti merupakan pingat pertama pasukan balapan Singapura di temasya sukan ke-30 ini.