Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Sukan SEA: S'pura bakal anjur edisi ke-35 pada 2029

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Sukan SEA: S'pura bakal anjur edisi ke-35 pada 2029

May 12, 2022 | 03:19 PM

HANOI: Singapura bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali kelima apabila ia menganjurkan edisi ke-35 temasya sukan dwitahunan itu pada 2029.


Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) dan Sport Singapore dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (12 Mei) mengumumkan penganjuran negara itu.


Mereka menambah bahawa anggota Persekutuan Sukan SEA telah menerima minat Singapura untuk menganjurkan acara sukan besar itu dalam satu mesyuarat di Hanoi.

Presiden SNOC Tan Chuan-Jin, yang berada di ibu negara Vietnam, berkata: "Kami berbesar hati untuk sekali lagi menjadi tuan rumah acara sukan serantau yang berprestij ini di Singapura. Sukan SEA menyimpan kenangan dan pengalaman istimewa untuk Singapura dan negara jiran Asia Tenggara kita.

"Keakraban dan saingan yang kami kongsi adalah berbeza dan Singapura sekali lagi gembira untuk menganjurkan Sukan SEA ke-35 untuk menghidupkan kembali detik-detik ini."

Singapura pernah menganjurkan Sukan SEA pada edisi temasya 1973, 1983, 1993 dan 2015.

Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia, Encik Edwin Tong berkata bahawa penganjuran Sukan SEA akan memberi peluang kepada atlet Team Singapore untuk bersaing bersama atlet terbaik di rantau ini, dengan sokongan padu di laman sendiri.


Beliau menambah: "Semangat Sukan SEA juga boleh membawa rakyat Singapura dari semua lapisan masyarakat tampil bersama, untuk bersorak dan bersatu menyokong atlet kita, dan mengukuhkan perpaduan negara kita. Selepas kejayaan penganjuran Sukan SEA 2015, kami yakin bahawa Sukan SEA ke-35 pada 2029 boleh menjadi satu lagi detik penentu bagi rakyat Singapura dan juga peluang untuk mempamerkan keramahan kita, dan mengeratkan hubungan dengan jiran Asia Tenggara kita."

Petang ini, ia turut diumumkan bahawa Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah edisi ke-34 pada 2027. Edisi temasya ke-32 akan diadakan di Kemboja dan  yang ke-33 akan diadakan di Thailand.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3