Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: S'pura menang 3-1, Sahil jaring gol pertama, tapi persembaan pasukan cetus kebimbangan

Jun 08, 2015 | 11:11 PM



TIGA mata yang diburu dalam genggaman. Namun persembahan Singapura yang kurang menyakinkan semasa menundukkan Kemboja 3-1 pada 8 Jun mencetus keprihatinan menjelang perlawanan Kumpulan A terakhir dengan Indonesia Khamis (11 Jun) nanti - perlawanan yang perlu dimenanginya bagi menjamin tempat di separuh akhir.


Dalam perlawanan yang kurang peluang gol bagi pasukan tuan rumah di Stadium Jalan Besar, ketiga-tiga gol dijaringkan di akhir separuh masa - dengan dua gol pertama dijaringkan dalam dua minit terakhir babak pertama dan gol terakhir disumbat dalam masa kecederaan.


Dengan Singapura bergelut mencipta peluang gol, tidak hairanlah gol pertama muncul dalam bentuk 'set-piece' - seperti dua gol yang dijaringkannya sebelum ini.


Tendangan percuma Safirul Sulaiman dari luar petak penalti pada minit ke-44 melencong cantik bagi memperdaya penjaga gawang Kemboja Um Serej Rath.


Gol kedua muncul selang seminit. Irfan Fandi yang memulakan permainan, berlari tangkas mengejar bola yang bergerak ke arah Um. Namun Irfan berjaya merembat bola yang terkena badan Um sebelum melambung ke arah Faris Ramli di petak penalti. Dengan mudah, Faris menyempurnakan peluang gol itu dengan tandukkan kemas, menjaringkan gol kedua di Sukan Asia Tenggara (SEA) ini.


Kemboja memulakan babak kedua dengan mengasak benteng Singapura, memburu dua gol penyamaan.


Singapura cuba menandingi rentak serangan ini, tetapi dengan Irfan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-52 kerana kejang otot, barisan depan yang kini diketuai Sahil tumpul dan kurang berkesan membolosi benteng Kemboja.


Kemboja akhirnya meraih gol yang didamba, selang 10 minit babak kedua bermula. Pemain gantian Chan Vathanaka melompat tanpa saingan dalam petak penalti bagi memperdayakan Syazwan Buhari dari jarak dekat, dengan M. Anumanthan bersalah kerana tidak menjejaknya.


Sebaliknya, Singapura mendapat gol ketiga yang menjamin kemenangan menerusi Sahil. Penyerang LionsXII yang 'kemarau' gol sepanjang pertandingan berlari secara solo bagi menyambar bola yang dihantar dari bahagian padang sendiri, sebelum meleret bola ke penjuru kiri.


Kekalahan itu mengakhiri riwayat Kemboja dalam Sukan SEA. Singapura bertemu Indonesia Khamis nanti - pesaing utama yang turut merebut tempat di separuh akhir kedua, dengan Myanmar dijangka mara sebagai juara Kumpulan A.


Singapura kini perlu meningkatkan persembahan, dan membuat persiapan mengekang barisan depan Indonesia yang menjaringkan enam gol dalam perlawanan dengan Kemboja di awal minggu, tanpa Shakir Hamzah yang digantung selepas menerima dua kad kuning.


Singapura dan Indonesia terikat dengan enam mata, tetapi Indonesia mempunyai jurang jaringan gol yang lebih baik.


Menurut Aide, beilau tidak akan menyusun strategi  memburu seri dalam perlawanan itu.


"Bermain untuk seri adalah berbahaya... kami memburu kemenangan dalam perlawanan itu," kata Aide.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >