Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Sukan

Sukan SEA: Srikandi lumba 100 meter lompat pagar hanya mampu raih gangsa meski perbaiki masa

Dec 09, 2019 | 08:23 PM

 

MANILA - Catatan masa atlit Singapura Nur Izlyn Zaini di Sukan SEA kali ini 0.52 saat lebih pantas berbanding edisi lalu temasya sukan di Kuala Lumpur.

Namun, di Stadium Atletik di New Clark City malam ini (9 Disember), Izlyn, 21 tahun, terpaksa berpuas hati meraih pingat gangsa keduanya dalam acara lumba 100 meter lompat pagar wanita. 

Catatan masa 13.92 saat srikandi negara itu meletakkannya di belakang juara Emilia Nova dari Indonesia (13.61 saat) dan pemenang pingat perak, Tran Thi Yen Hoa dari Vietnam (13.75 saat).

Di sukan SEA 2017, Izlyn merakam masa 14.44 saat untuk memenangi pingat gangsa iaitu pingat pertama negara dalam acara itu di Sukan SEA sejak 1979.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian