Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

Sukan SEA: Thailand belasah Indonesia 5-0, temui Myanmar dalam 'ulang tayang' final 1993

Jun 13, 2015 | 10:46 PM

THAILAND melangkah ke final pertandingan bola sepak dengan bergaya; selepas membinasakan Indonesia 5-0 di separuh akhir 'berat sebelah' di Stadium Negara pada 13 Jun.

Pasukan dari negara 'tom yam' itu mendahului 2-0 di waktu rehat, hasil gol jaringan Rungrat Phumichantuk pada minit ke-13 dan Thitiphan Puangjan pada minit ke-29.

Walau Indonesia - yang menewaskan Singapura 2-1 dalam perlawanan terakhir - pergiat serangan pada babak kedua, Thailand menyumbat tiga lagi gol bagi menjamin kemenangan dan tempat di final pada 15 Jun.

Ia bertemu Myanmar yang mencatat kejutan dengan menewaskan Vietnam 2-1 dalam separuh akhir pertama.

Thailand juga bertemu Myanmar di final Sukan SEA 1993 - kali terakhir Singapura menganjurkan temasya sukan dwitahunan ini.

Berita Popular

Thailand muncul juara pada tahun itu, menewaskan Myanmar 4-3.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map