Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Tiga lagi pemain Singa Muda langgar batasan waktu

Dec 10, 2019 | 09:53 AM



TIGA lagi pemain Singa Muda, semuanya berusia 20 tahun, didapati telah melanggar peraturan ‘curfew’, atau batasan waktu semasa pertandingan bola sepak Sukan SEA menyusuli siasatan lanjut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), kata badan bola sepak negara itu semalam (9 Disember). 



Ini menambah bilangan pemain yang didapati bersalah melanggar undang-undang yang ditetapkan Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) kepada sembilan pemain keseluruhannya daripada skuad seramai 20 pemain Singa Muda.



Tiga pemain ini ialah Shah Shahiran, Hami Syahin dan Saifullah Akbar dan mereka akan menghadapi tindakan disiplin dengan enam pemain lain, umum FAS. 



Minggu lalu, FAS mengeluarkan kenyataan bahawa Zharfan Rohaizad, Joshua Pereira dan Lionel Tan (semuanya 22 tahun), Kenji Rusydi dan Zulqarnaen Suzliman (kedua-duanya 21 tahun), dan pemain lebih usia 22 tahun Tajeli Selamat, 25 tahun telah melanggar batasan waktu.



Menurut laporan akhbar The Straits Times, pemain berada di dalam bilik hotel masing-masing apabila pegawai rasmi melakukan rondaan pada 11 malam iaitu masa batasan waktu, selepas kekalahan Singapura 0-3 di tangan Thailand pada 1 Disember lalu.



Namun, mereka kemudian dikatakan telah keluar untuk ke kasino di Resort dan Kasino Solaire, yang tidak jauh dari tempat penginapan pasukan bola sepak Singapura, Hotel Century Park di Manila dan hanya kembali ke hotel lewat malam.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >