Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Tindakan serius akan diambil jika pemain bola sepak yang langgar peraturan waktu didapati bersalah

Dec 06, 2019 | 05:39 PM



ENAM pemain bola sepak negara yang didapati telah melanggar peraturan waktu ‘curfew’ semasa Sukan SEA baru-baru ini bakal dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan tindakan serius akan diambil jika mereka didapati bersalah.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan FAS hari ini (Jumaat, 6 Dis), Tajeli Salamat, Joshua Pereira, Zulqarnaen Suzliman, Zharfan Rohaizad, Kenji Rusydi dan Lionel Tan telah melanggar Kod Tingkah Laku yang telah ditetapkan terhadap semua pemain negara.



Menyentuh tentang perkara tersebut, jurulatih pasukan Fandi Ahmad berkata:



“Saya amat kecewa dan saya telah pun mengutarakan kekecewaan saya kepada mereka.



“Mereka di sini bukan saja sebagai wakil FAS tapi juga sebagai atlit Team Singapore. Mereka sepatutnya sedar tanggungjawab mewakili negara adalah besar."  



Sebelum ini, Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) telah mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa enam pemain pasukan Bawah-22 tahun telah melanggar kod tingkah laku pasukan dan menambah bahawa “mereka telah diberi amaran rasmi tegas dan akan menghadapi tindakan disiplin sebaik tiba di Singapura selepas Sukan SEA.”   




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >