Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Tumpas 0-3 di tangan Thai, perjuangan Singa Muda berakhir

Dec 01, 2019 | 06:18 PM



 



MANILA - Serangan tanpa ancaman, kubu pertahanan yang “berlubang” membunuh harapan Singa Muda untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Sukan SEA tahun ini.



Singapura dan Thailand mesti menang tiga perlawanan terakhir mereka dalam Kumpulan B untuk menempah tempat di peringkat separuh akhir.



Hanya Thailand tampak dalam landasan yang tepat selepas juara bertahan itu membenam pasukan kendalian Fandi Ahmad 3-0 di Stadium Bola Sepak Binan di Binan petang ini (1 Disember). 



Singapura membariskan kesebelasan utama tanpa penyerang tetap mereka, Ikhsan Fandi.



Bahagian serangan namun dipimpin Hami Syahin di tengah disokong Naqiuddin Eunos mengisi sayap kanan dan pemain lebih usia 22 tahun  dalam skuad bawah-22 tahun (U22) Singapura Faris Ramli di sayap kiri. 



Seorang lagi pemain lebih usia Tajeli Selamat dibangkukan Fandi.



Babak pertama menyaksikan Thailand mengatur serangan bertubi-tubi sejak di awal perlawanan.



Ia membuahkan hasil apabila Jaroensak Wonggorn membuka tirai jaringan Thailand seawal minit ke-7.



Serangan Thailand terlalu kuat untuk diatasi benteng pertahanan negara apabila Suphanat Mueanta dan Peerawat Akkratum masing-masing menambah derita Singapura pada minit ke-18 dan minit ke-38.



Pada minit ke-30, Fandi memasukkan Ikhsan dalam perlawanan, menggantikan Naqiuddin bagi memperkukuhkan lagi bahagian serangan.​​



Pasukan Singa Muda mula menyerlah di depan gawang Thailand lima minit sebelum waktu rehat tetapi gagal merebut peluang jaringan yang diberikan. 



Singapura ketinggalan 0-3 di akhir separuh pertama.



Fandi memulakan babak kedua menggesa anak buahnya bersikap lebih menyerang.



Tindakan itu bagi satu misi mencari gol pertama Singapura di temasya Sukan SEA ini.



Sekali lagi, Singapura tumpul di depan gawang. 



Keputusan kekal hingga ke wisel penamat. 



Kekalahan Singapura di depan sekitar 770 penyokong petang ini meletakkan Singa Muda di tempat kelima kumpulan B.



Laos mengalahkan Brunei 3-0 di Stadium Memorial Rizal petang ini.



Singapura seterusnya bakal bertemu Vietnam Selasa ini (3 Disember). 



Vietnam berjaya menewaskan Indonesia 2-1 di Stadium Memorial Rizal malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >