Sukan SEA: Wushu raih emas pertama S’pura

MANILA - Wushu menghadiahkan pingat emas pertama Singapura di hari pertama persaingan Sukan SEA ke-30 di Filipina sekitar 11 pagi ini (1 Disember).

Yong Yi Xiang beraksi dengan cemerlang dalam acara final changquan di Pusat Dagangan Dunia, Manila, mengutip 9.70 mata untuk mengalahkan sembilan pesaing lain.

Wong Weng Son dari Malaysia (9.68 mata) dinobat naib johan dan Tran Xuan Hiep dari Vietnam (9.60 mata) merangkul tempat ketiga.

Yong, 25 tahun, meraih tempat keempat dalam acara sama di edisi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. 

Rakan senegara dan juara bertahan, Jowen Lim mengakhiri pertandingan itu di tempat keenam (9.53 mata).