Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

SG yang lebih selamat di era pandemik, tarik penganjur sukan

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



KEADAAN yang lebih selamat dan stabil di Singapura berbanding negara lain yang sama dilanda pandemik Covid-19 bermakna negara ini mampu menarik perhatian penganjur acara sukan gah, kata ketua eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura (STB) Keith Tan.



Namun, kelebihan ini tidak akan kekal, dan mungkin hanya berlanjutan selama tempoh tiga hingga empat tahun, katanya.



Untuk itu, Singapura perlu menggarap peluang yang tersedia dengan pantas, tambah Encik Tan.



Beliau berkata salah satu contoh yang baik adalah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M2 yang baru berakhir.



Acara yang pada mulanya dijadual untuk berlangsung di Jakarta dipindahkan ke Singapura disebabkan wabak Koronavirus.



Walaupun tiga anggota pasukan DreamMax dari Brazil diuji positif Covid-19, acara yang berlangsung selama seminggu di Hotel Shangri-La itu berjalan lancar dan peringkat akhir kejohanan tersebut menarik sebanyak 3.08 juta penonton.



Ini menjadikannya acara sukan keempat yang berjaya menarik penonton yang paling ramai.



Singapura juga bakal menjadi tuan rumah bagi perlawanan tenis ATP 250 dari 22 hingga 28 Februari di OCBC Arena menggunakan lesen setahun.



Sebelum ini, perlawanan tenis lelaki profesional terakhir yang pernah diadakan di sini adalah acara Terbuka Heineken pada 1999



Menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia, industri pelancongan sukan sebelum pandemik bernilai sekitar AS$800 bilion ($1.06 trilion) dan ini merupakan 10 peratus nilai pelancongan global.



Sebelum ini STB mungkin lebih tertumpu kepada acara gah seperti perlawanan bola sepak Piala Juara-Juara Antarabangsa, Formula Satu Grand Prix Singapura atau Ragbi Tujuh Sekumpulan Singapura, Encik Tan berkata ia kini meluaskan jangkauannya kepada acara yang melibatkan penonton dan mampu dilakukan secara virtual.



Acara maraton Standard Chartered tahun lalu memaparkan format hibrid dan menerapkan elemen lumba secara virtual dan realiti terimbuh (AR) dan berjaya menarik sekitar 12,000 peserta dengan 37 peratus daripada mereka berada di luar negara.



Sementara itu, beberapa acara gah selain perlawanan ATP yang telah dirancang untuk tahun ini termasuk Kejohanan Dunia Wanita HSBC yang akan berlangsung di Kelab Golf Sentosa dari 29 April hingga 2 Mei, perlumbaan malam Formula Satu (F1) pada 3 Oktober dan acara Ragbi Singapura Tujuh Sekumpulan pada 29 hingga 30 Oktober.



Encik Tan berkata: "Tidak ada apa-apa yang seharusnya menghalang kita daripada merancang kalendar acara...tanggungjawab kita adalah untuk meraih sebanyak mana peluang yang masih ada, untuk membentangkan dengan jelas protokol dan peraturan kesihatan kita, dan jika (penganjur) boleh terima (langkah-langkah yang ditetapkan) kami akan bekerjasama rapat dengan mereka untuk melaksanakan acara itu."




TIDAK ADA HALANGAN MERANCANG KALENDAR ACARA SUKAN



"Tidak ada apa-apa yang seharusnya menghalang kita daripada merancang kalendar acara...tanggungjawab kita adalah untuk meraih sebanyak mana peluang yang masih ada, untuk membentangkan dengan jelas protokol dan peraturan kesihatan kita, dan jika (penganjur) boleh terima (langkah-langkah yang ditetapkan) kami akan bekerjasama rapat dengan mereka untuk melaksanakan acara itu."
- Encik Keith Tan, Ketua Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura (STB)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >