Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SEPAK TAKRAW

Sukan tradisional punya masa depan cerah di S'pura

Jumlah rekod sertai Pesta Sukan Sepak Takraw 2022, termasuk peman muda
Jul 20, 2022 | 05:30 AM



MASA depan sepak takraw Singapura kelihatan cerah dengan lebih ramai pemain menyertai pertandingan anjuran Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), kata presidennya Nasri Haron.



Pesta Sukan Sepak Takraw 2022, misalnya, yang sedang berlangsung dari kelmarin hingga 7 Ogos, menyaksikan bilangan rekod peserta.



Seramai 717 pemain turun gelanggang di Anjung@WGS dan dewan sukan Heartbeat@Bedok bagi edisi kali ini.



Kejohanan tahun ini turut melihat pertandingan bagi pemain muda, veteran dan bahkan wanita.



Enam kategori dipertandingkan, termasuk belia lelaki bawah 14 tahun, 16 tahun dan 18 tahun; terbuka lelaki; masters lelaki; dan terbuka wanita.



Ditemui pada hari pembukaan pertandingan di Anjung@WGS kelmarin, Nasri berkata:



"Apabila kami membuka pendaftaran, kami tidak menjangka sambutannya amat baik. Ini mungkin sebab semasa Covid-19, ramai terkurung dalam rumah dan tidak dapat masuk gelanggang. Jadi, apabila sudah ada peluang bertanding, mereka pun merebutnya."



Meskipun berdepan cabaran mengatur jadual perlawanan yang padat sepanjang dua minggu di dua lokasi berbeza, Nasri berkata ia adalah satu "masalah yang menggembirakan" buat dirinya.



"Yang penting ialah kami dapat mengadakan pertandingan bagi kategori usia yang lebih muda. Ini bermakna sukan ini masih menjadi tumpuan, termasuk dalam kalangan golongan muda.



"Ia tanda baik bagi sepak takraw dan kami harap dapat terus mengembangkan sukan ini," ujar beliau.



Kejohanan tahunan itu muncul semula tahun ini selepas berehat selama dua tahun dek pandemik Covid-19.



Kelmarin juga kali pertama dalam 20 tahun sepak takraw pulang ke Geylang Serai, tempat pertandingan sukan ini giat dijalankan dahulu.



"Selepas Covid-19, kami cuba menyemarakkan semula sukan sepak takraw dan pembukaan WGS memberi kami lebih semangat.



"Kami sekarang tidak hanya bermain di Bedok, bahkan di Geylang... sepak takraw pulang ke Geylang, itu yang kami mahukan," ujar Nasri.



Perses, yang ditubuhkan pada 1960, mula bertapak di Geylang Serai pada 1975. Pada 2002, ia berpindah ke bangunan Pusat Kecemerlangan Bedok, dan kemudian ditempatkan di Heartbeat@Bedok pada 2018 hingga kini.



Menyusuli sambutan hangat bagi Pesta Sukan Sepak Takraw 2022, Perses bertekad meneruskan usahanya membangunkan skuad negara yang mantap dengan penganjuran Liga Perses bulan depan.



Liga lelaki itu bertujuan mencungkil bakat tempatan dan dijangka menaikkan semula minat masyarakat pada sukan tradisional ini.



Pertandingan itu juga dilihat sebagai persiapan pasukan Singapura bagi Sukan Asia di Hangzhou, China - yang asalnya dijadual September tetapi ditunda - dan Sukan SEA di Kemboja tahun depan.




"Yang penting ialah kami dapat mengadakan pertandingan bagi kategori usia yang lebih muda. Ini bermakna sukan ini masih menjadi tumpuan, termasuk dalam kalangan golongan muda. Ia tanda baik bagi sepak takraw dan kami harap dapat terus mengembangkan sukan ini."



- Nasri Haron, Presiden Perses.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >