Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIEW KUMPULAN F: JERMAN LAWAN MEXICO

Sukar lihat Mexico halangi 'jentera' Jerman

Skuad berbakat juara bertahan pimpinan Leow disebut antara pilihan utama kejohanan kali ini
Jun 17, 2018 | 05:30 AM



ANEH tetapi benar!



Juara bertahan di dua edisi Piala Dunia yang lalu - Italy dan Sepanyol - menanggung malu tersingkir di peringkat kumpulan empat tahun selepas menjulang mahkota dunia.



Namun, jangan menjangkakan nasib yang sama akan menimpa juara bertahan Piala Dunia, Jerman, apabila pasukan pimpinan Joachim Leow membuka tirai Kumpulan F dengan menentang Mexico di Stadium Luzhniki mulai 11 malam ini (waktu Singapura).



Disebut-sebut lagi sebagai pasukan pilihan untuk mengulangi kegemilangan mereka di Brazil empat tahun lalu, Loew memiliki skuad yang antara paling seimbang dan berbakat - dengan hanya sembilan daripada pemain juara di Piala Dunia 2014 dikekalkan bagi mengharungi cabaran di Russia kali ini.



Berlalu sudah nama-nama hebat seperti Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger dan Miroslav Klose.



Sebaliknya tunggak pasukannya kali ini akan diterajui barisan pemain seperti Mesut Ozil, Toni Kroos, Thomas Muller dan Mats Hummels. Mereka pula akan disokong beberapa bakat muda penuh dinamik dan berpotensi besar seperti Timo Werner, Leon Goretzka dan Niklas Sule.



Malah dengan Loew mampu mengetepikan beberapa bintang lain termasuk penyerang muda yang membantu Manchester City mencatatkan pelbagai rekod kejuaraan Liga Perdana baru-baru ini, Leroy Sane, dan wira final Piala Dunia Brazil, Mario Gotze, ia cukup membayangkan kualiti mendalam yang dimiliki juara bertahan itu.



Satu-satunya keprihatinan Jerman ialah tahap kecergasan penjaga gawang nombor satu mereka, Manuel Neuer, yang hanya tampil semula ke padang baru-baru ini selepas 'rehat' lapan bulan akibat kecederaan kaki.



Namun, dengan pedigri serta pengalaman luas yang dimiliki Neuer, ia mungkin sesuatu yang paling sedikit membelenggu Loew.



Benar persiapan Jerman menjelang ke Piala Dunia Russia ini jauh daripada sempurna - kemenangan 2-1 ke atas Arab Saudi pada minggu lalu akhirnya menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan bagi pasukan bergelar 'Die Mannschaft'.



Namun Jerman tetap Jerman. Mereka ibarat jentera perkasa yang seolah-olah sudah pun diprogram untuk menyerlah dalam setiap kejohanan besar dan Piala Dunia 2018 ini tidak terkecuali.



Pertemuan dengan Mexico ini dianggap cabaran terbesar Jerman dalam kumpulannya yang turut menampilkan Sweden dan Korea Selatan.



Mexico pimpinan Juan Carlos Osorio adalah sebuah pasukan yang berpengalaman dan menaruh harapan dapat mengorak langkah ke pusingan suku akhir buat pertama kalinya sejak 1986.



Beberapa pemainnya seperti Giovani Dos Santos, Oribe Peralta dan Hector Herrera pernah merasakan kenikmatan memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2012 dan tentunya lebih matang dalam mengharungi cabaran di Russia ini.



Tetapi sama ada mereka memiliki kualiti dan pengalaman untuk menangani serangan-serangan Jerman, sama- samalah kita nantikan nanti.



Ramalan BM:



Jerman 3

Mexico 1




JADUAL



Costa Rica lwn Serbia

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 8 malam ini



Jerman lwn Mexico

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 11 malam ini



Brazil lwn Switzerland

Singtel Sal 141 & StarHub Sal 222, 2 pagi esok




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >