Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Sunderland mungkin selamat walau paling corot

Apr 27, 2014 | 06:00 AM



TIRAI Liga Perdana England musim ini akan dilabuh pada tanggal 11 Mei dengan kesemua 20 pasukan terlibat dalam perlawanan terakhir musim secara serentak.


Mungkin perhatian umum lebih tertumpu pada persaingan merebut kejuaraan antara Liverpool, Chelsea dengan Manchester City, namun sekurang-kurangnya empat kelab kini sedang berjuang berhabis-habisan untuk mengelak daripada disingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.


Walaupun sembilan pasukan masih berada di bawah paras selamat 40 mata yang biasa setiap musim, lima pasukan paling corot musim ini hanya dibezakan dengan empat mata dengan West Bromwich Albion di tangga ke-16 mengumpul 33 mata dan Sunderland paling corot di tempat ke-20 dengan 29 mata.


Dengan andaian bahawa paras selamat adalah 36 mata, Berita Harian mencongak apa yang perlu dilakukan oleh kelima-lima pasukan itu untuk menyelamatkan diri.


Sunderland: Baki empat perlawanan, 29 mata


Perlu memungut tujuh mata dan mereka mempunyai empat perlawanan, satu lebih daripada tiga pesaing lain, untuk berbuat demikian.


Namun, jika Sunderland mengulangi prestasi cemerlang seperti ketika ia mengalahkan Chelsea hujung minggu lalu, ia ada harapan memenuhi matlamat tersebut.


Lawan paling sukar di atas kertas adalah Manchester United tetapi United tidak lagi segagah dulu.


Baki perlawanan: Cardiff, Manchester United, West Bromwich Albion dan Swansea.


Ramalan: Selamat.


Fulham: Baki tiga perlawanan, 30 mata


Fulham perlu menang dua kali untuk mengutip enam mata atau menghadapi kemungkinan disingkir. Ia dijadual bertemu Hull hari ini dan perlu menang kerana dua lawannya selepas itu - Stoke City dan Crystal Palace lebih gagah.


Baki perlawanan: Hull City, Stoke City dan Crystal Palace.


Ramalan: Bakal diturunkan.


Cardiff City: Baki tiga perlawanan, 30 mata


Perlu enam mata. Nasibnya akan tambah cerah jika dapat mengalahkan Sunderland hujung minggu ini. Sukar diramal nasibnya apabila menentang Newcastle dan Chelsea.


Baki perlawanan: Sunderland, Newcastle dan Chelsea.


Ramalan: Selamat tinggal Vincent Tan, anda boleh sertai Tony Fernandes dengan QPR dalam Liga Kejuaraan.


Norwich City: Baki tiga perlawanan, 32 mata


Harapan tipis. Lihat sahaja baki jadual tiga perlawanannya - menentang Manchester United, Chelsea dan Arsenal. Tidak banyak boleh dikatakan mengenai nasibnya.


Ramalan: Terima sahajalah. Norwich bakal diturunkan.


West Bromwich Albion: Baki empat perlawanan, 33 mata


Peluang West Brom lebih cerah kerana ia sudah pun memiliki 33 mata dan hanya memerlukan tiga mata daripada empat perlawanan untuk ke paras selamat. Satu menang sudah cukup baginya. Tetapi masalah utama West Brom adalah bentengnya terlalu mudah dibolosi. Ia pernah menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan berasingan tetapi kemudian seri 3-3 atau kalah 4-3 seperti di tangan Aston Villa.


Baki perlawanan: West Ham United, Arsenal, Sunderland dan Stoke City.


Ramalan: Kemungkinan besar selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >