Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG KELAYAKAN PIALA ASIA 2019

Sundram kini tahu 'siapa bersedia' temu Turkmenistan lepas kalah pada Qatar

Oct 07, 2017 | 05:30 AM



KEPUTUSANNYA mungkin sudah dijangka memandangkan kedudukan Qatar dalam ranking Fifa, tetapi jurulatih skuad bola sepak Singapura, V. Sundram Moorthy, percaya beliau kini mempunyai "masalah bagus" menjelang pertemuan penting kelayakan Piala Asia 2019 menentang Turkmenistan Selasa depan.



Singa tewas 1-3 kepada Qatar, yang menduduki tangga ke-85 Fifa, dalam satu perlawanan persahabatan di Doha lewat semalam - yang dianggap sebagai persiapan sebelum menentang Turkmenistan di Ashgabat.



Pasukan pimpinan Sundram terdesak mendapatkan keputusan positif dalam usaha bangkit daripada kedudukannya sekarang di tangga corot Kumpulan E.



Hanya dua pasukan teratas layak ke Piala Asia 2019, yang akan dianjurkan Amiriah Arab Bersatu (UAE).



Sekalipun kecewa terhadap kesilapan benteng pertahanan pasukannya yang menghadiahkan dua gol Qatar, Sundram menarik perhatian pada tanda-tanda positif yang ditunjukkan pasukannya dalam pertemuan ujian itu.



Gol tunggal Singa dijaringkan oleh Faris Ramli.



"Perlawanan ini adalah persiapan penting sebelum kami turun menentang Turkmenistan. Ia memberi saya gambaran lebih jelas siapa yang sudah bersedia dan siapa belum," ujar Sundram kepada akhbar The Straits Times (ST).



Satu lagi petanda positif tentunya ialah melihat Sundram, yang menyambut hari lahirnya yang ke-52 tahun semalam, meneruskan taktik permainan menyerang 3-4-3 di Stadium Jassim Bin Hamad di Doha.



Beliau menyebut dua pemain - Ikhsan Fandi dan Safuwan Baharudin, yang boleh bermain di benteng pertahanan atau midfield - berjaya memberikan impak positif kepada pasukan selepas dimasukkan dalam babak kedua permainan.



Ikhsan, 18 tahun, menyarungi jersi pasukan pembangunan nasional bersama skuad Garena Young Lions, mempunyai kecekapan tinggi membawa bola, manakala Safuwan, yang bermain dalam Liga Perdana Malaysia bersama PDRM, dikenalikan dengan keupayaannya di udara dan menyumbatkan gol melalui rembatan kencang daripada jarak yang jauh.



Singa kini di tangga corot kumpulannya dengan dua mata selepas seri dua kali dan kalah sekali. Bahrain menduduki tangga teratas dengan tujuh mata, diikuti Turkmenistan (empat mata) dan Taiwan (tiga mata).



Kali pertama dan terakhir Singapura beraksi di pentas Piala Asia pada 1984, apabila mereka layak secara automatik sebagai tuan rumah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >