PERLAWANAN PERSAHABATAN MENJELANG KELAYAKAN PIALA ASIA 2019

Sundram tetap pandang serius temuan dengan Afghanistan

PERTEMUAN dengan Afghanistan hari ini sekadar perlawanan persahabatan, tetapi V. Sundramoorthy akur bahawa beliau tidak boleh mengambil mudah perlawanan tersebut.

Perlawanan di Doha, Qatar, itu bukan sahaja perlawanan persiapan tunggal sebelum pasukan bola sepak nasional bertandang ke Bahrain Selasa depan - untuk memulakan kempen kelayakan Piala Asia Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) - malah inilah kali pertama ia beraksi sejak tersingkir daripada Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean November lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan