RAGBI
Sunwolves tewas lagi, kali ini 'dibaham' Sharks
Feb 19, 2019 | 05:30 AM
PASUKAN ragbi Sunwolves terus ditimpa keputusan buruk selepas mereka tewas dalam kesemua perlawanan pembukaan mereka dalam empat musim pertandingan Super Rugby.
Meskipun menunjukkan kerja berpasukan yang baik dan hantaran menakjubkan, pasukan dari Jepun itu masih tidak mampu mengelak daripada dibenam 45-10 kepada lawan mereka dari Afrika Selatan, Sharks, Sabtu lalu di Stadium Negara, lapor The Straits Times.