Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Sutton: Antonio Conte harus tinggalkan Spurs sekarang

Mar 15, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte harus meninggalkan kelab serta-merta sekiranya beliau tidak ingin mahu mengikat masa depannya bersama Spurs, kata bekas penyerang Blackburn, Chris Sutton.



Kontrak Conte, 53 tahun, tamat pada akhir musim ini, dengan Spurs sudah tersingkir daripada semua pertandingan piala.



Mereka kini menduduki tangga keempat Liga Perdana England - iaitu tempat kelayakan terakhir untuk Liga Juara-Juara.



"Ia lebih baik untuk semua yang berkenaan jika dia pergi sekarang," kata Sutton dalam rancangan Monday Night Club, BBC Radio 5 Live.



"Saya fikir dia akan menamatkan musim ini, tetapi saya benar-benar keliru apa yang sedang berlaku di Spurs buat masa ini.



"Antonio Conte benar-benar perlu memberi komitmennya dalam satu cara atau yang lain dan jika dia berkata 'saya di sini dan gembira untuk menandatangani kontrak untuk lagi setahun atau dua' maka Tottenham boleh bergerak ke depan tetapi ia tidak kelihatan dia akan berbuat sedemikian.



"Oleh itu, jika Spurs mahu maju, mereka lebih baik membuat perubahan sekarang.



"Mereka merosot kembali daripada musim lalu, mereka secara besar-besaran tidak konsisten."



Conte membimbing Chelsea merangkul trofi kejuaraan Liga Perdana England pada 2016-17 dan Piala FA pada musim seterusnya sebelum beliau dipecat.



Selepas memenangi Serie A bersama Inter Milan pada 2020-21, Conte menggantikan Nuno Espirito Santo di Spurs pada November 2021 dan membawa mereka ke tempat keempat dan kelayakan Liga Juara-Juara.



Bagaimanapun, Spurs, yang belum memenangi trofi sejak 2008, tersingkir dari Piala Carabao pada pusingan ketiga kepada Nottingham Forest dan menurunkan pasukan yang kurang kuat ketika mereka tewas dalam pusingan kelima Piala FA kepada kelab Championship, Sheffield United awal bulan ini.



Minggu lalu, mereka tumpas 0-1 pada agregat dalam dua pusingan kepada AC Milan dalam aksi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.



"Saya berada di perlawanan Milan minggu lalu di mana saya fikir persembahan mereka benar-benar hambar," tambah Sutton, pemenang Liga Perdana bersama Blackburn.



"Isu yang lebih besar dalam kalangan peminat Spurs ialah Piala FA menentang Sheffield United dengan pasukan lemah. Sekarang untuk apa mereka bermain?



"Mereka mempunyai peluang cerah untuk meraih tempat keempat tetapi mereka telah menjadi kekecewaan yang besar musim ini.



"Salah satu perkara besar adalah harapan peminat Spurs dan jenama bola sepak dan mereka tidak mendapat jenama bola sepak itu di bawah Conte. Oleh itu, dia perlu menang trofi." - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >