MANAUS (Brazil): Switzerland mempamerkan permainan memberangsangkan untuk menempah tempat dalam pusingan kalah mati selepas Xherdan Shaqiri menjaringkan hatrik bagi membantu mereka menggilis Honduras 3-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E pagi semalam.
Dengan kemenangan itu, Switzerland, selaku naib juara kumpulan, dijadualkan bertemu juara Kumpulan F, Argentina, dalam pusingan kalah mati di Sao Paulo Rabu depan (waktu Singapura).