Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PARALIMPIK TOKYO

Syahidah atasi rintangan pertama

Aug 28, 2021 | 05:30 AM



ATLET memanah para nasional Nur Syahidah Alim telah mengatasi rintangan pertama dalam acara kompaun terbuka wanita selepas menduduki tempat ketujuh antara 24 peserta di pusingan saringan.



Bertanding dalam paralimpik kedua, Nur Syahidah mencatat skor 682 mata untuk melangkah ke pusingan kalah-mati pada Isnin ini.



Beliau akan bertemu atlet Turkey Yorulmax Sevgi atau Praphaporn Homjanthuek pada hari itu, untuk menempah tempat di suku akhir.



Peserta dari Britain Jessica Stretton melayakkan diri ke pusingan tersebut dengan skor terbaik iaitu 694 mata.



Mengulas mengenai kelakonannya dalam pusingan ranking semalam, Nur Syahidah berkata pelan latihan yang merangkumi strategi menangani cuaca panas amat membantu beliau semasa bertanding.



"Dari segi fizikal, saya rasa amat baik sekali. Cuaca pada hari ini begitu panas dan strategi pendinginan yang kami ikuti semasa latihan benar-benar membantu. Angin juga bertiupan kencang, namun dengna bantuan jurulatih, kami berjaya memanah dengan baik," kata Nur Syahidah.



Menambah, Nur Syahidah berkata rancangan latihan yang dijalaninya selama ini begitu menyeluruh dan beliau bertekad untuk mengikuti pelan itu dengan terperinci.



"Saya berasa amat ghairah dan berharap dapat memberikan prestasi terbaik di final nanti," ujar beliau.




"Dari segi fizikal, saya rasa amat baik sekali. Cuaca pada hari ini begitu panas dan strategi pendinginan yang kami ikuti semasa latihan benar-benar membantu. Angin juga bertiupan kencang, namun dengna bantuan jurulatih, kami berjaya memanah dengan baik.''
- Nur Syahidah Alim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >