Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET DALAM SOROTAN

Sydney McLaughlin 'kuasa baru' lompat pagar

Jul 04, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Sydney McLaughlin adalah masa depan atletik. Itulah yang dikatakan orang. Angka berkaitan atlet itu memberi semacam bukti.



Hampir setengah juta pengikut Instagram. Kontrak duta kasut bernilai tujuh angka. Ditempatkan dalam senarai 100 ikon masa depan Time.



Sedang Olimpik Tokyo kian dekat, pengaruh McLaughlin kian ketara. Pengaruh bintang Amerika Syarikat berusia 21 tahun ini dimanfaatkan syarikat untuk menjual jam tangan, minuman isotonik dan pakaian sukan, sedang syarikat menjangka kesan atlet berbakat besar itu semasa pertandingan sukan ulung itu.



Tetapi McLaughlin sendiri melihat ke belakang - kepada seorang atlet yang menang gelaran Olimpik 20 tahun sebelum beliau dilahirkan.



Edwin Moses menjadi duta iklan. Sebelum Sukan 1984, wajahnya terpampang pada banyak papan iklan di sekitar bandar Los Angeles.



Namun, McLaughlin mahu melihat secara lebih mendalam. Semasa sekatan ekoran pandemik Covid-19 tahun lalu, beliau melihat rakaman lama Moses, mengkaji teknik yang membantu kemenangan dua emas Olimpik dan mewujudkan penguasaan yang belum pernah berlaku sebelumnya dalam acara lompat pagar 400 meter.



Moses melakukan apa yang dikatakan mustahil oleh jurulatihnya. Dengan ketinggian 1.88 sentimeter, langkahnya yang panjang, teknik larian lompat pagar yang sempurna dan stamina banyak bermakna beliau dapat melakukan apa yang tidak dapat dilakukan atlet lain - 13 langkah konsisten antara setiap pagar.



Kini McLaughlin mahu melakukan perkara serupa.



"Sejauh ini dalam kerjaya saya, saya hanya berlatih keras, pergi ke mana-mana dan berlari, dan tidak memahami perlumbaan itu sendiri," katanya kepada BBC Sport.



"Tahun lalu (pandemik) benar-benar memberi saya masa untuk memahami lompat pagar 400m, lebih memahami acara ini. Ini adalah perlumbaan ritma - biasanya orang akan keletihan, mula mengambil lebih banyak langkah dan beralih kaki.



"Tidak ada wanita melakukannya dengan 15 langkah antara setiap pagar. Begitulah bentuk perlumbaan sempurna. Edwin Moses melakukannya dengan sempurna dengan 13 langkah. Tahun lalu adalah tentang memahami perkara ini, cara mendarat selepas lompat pagar, tempoh antara dua pagar, untuk melakukan larian sempurna."



Menjelang ujian Olimpik Amerika baru-baru ini, McLaughlin melakukan larian lompat pagar 400m sekali saja sejak Kejohanan Dunia Doha pada 2019.



Sebaliknya, beliau memulakan 2021 dengan melakukan larian lompat pagar 100m, menghadapi halangan lebih tinggi dan lebih kerap dengan kelajuan lebih pantas. Itu semua sebahagian rancangan jurulatih baru Bobby Kersee.



"Dia mahu meletak saya dalam situasi tidak selesa," ujar McLaughlin, wanita ke-11 terpantas di dunia tahun ini bagi lompat pagar 100m.



"Melakukan lompat pagar pecut, dengan tiga inci lebih tinggi dan jarak antara dua pagar lebih dekat, bermakna saya dapat mengusahakan teknik baru, jadi ketika saya melakukan larian lompat pagar 400m, halangan terasa seperti tidak ada apa-apa."



McLaughlin pernah berada dalam situasi tidak selesa. Beliau muncul semasa ujian Olimpik sebelum ini, pada Julai 2016, sebagai pelajar sekolah berusia 16 tahun. Beliau berada di situ untuk meraih pengalaman, bukan tiket ke Rio (Olimpik).



Namun dengan sokongan ramai, penduduk asal New Jersey ini mengalahkan beberapa atlet berpengalaman untuk meraih tiga tempat teratas dan sekali gus tiket ke Olimpik.



Namun beliau gagal mengulangi kepantasannya di Rio, gagal ke final - tetapi ramai tahu akan kemunculannya sebagai satu 'kuasa baru'.



Pada usia 21 tahun, McLaughlin wanita kedua terpantas dalam sejarah dalam acara itu.



Ditanya mengenai matlamat kerjaya jangka panjangnya, beliau berkata: "Saya berasa ia terus berubah. Tahun ini rasanya puas melakukan larian lompat pagar dengan jarak pendek dan melihat masa saya lebih rendah.



"Lompat pagar 400m sangat mengagumkan, tetapi pasti ada peluang untuk melakukan acara yang berlainan, yang merupakan sesuatu yang saya gemari." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >