Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Tabiat setiap pemain ‘dalam tangan’

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Tabiat setiap pemain ‘dalam tangan’

Jan 17, 2014 | 10:15 AM

DUA puluh biji bola, hampir 100 helai jersi dan sebuah alat projektor.

Apabila wartawan mengunjungi juru kit SingaXII di kamar hotelnya, Encik Omar Mohamed, yang bertubuh kecil itu seolah-olah tenggelam di tengah-tengah bekalan latihan yang dibawanya dari Singapura.

“Ni sikit saja. Bila ke Myanmar untuk Sukan SEA, saya bawa 12 bagasi besar!” katanya bersahaja.

Encik Omar boleh dikatakan ‘orang terpenting’ dalam latihan pusat pramusim SingaXII di Yogyakarta, Indonesia.

Beliau bertanggungjawab menyediakan segala keperluan latihan dan tiga perlawanan persahabatan yang telah diatur. Malah, beliau juga membawa peralatan elektronik yang diperlukan bagi mengendalikan mesyuarat pasukan.

Di Yogyakarta, setiap malam beliau akan mengepam bola-bola yang diperlukan untuk latihan keesokan paginya selain menyediakan peralatan latihan seperti bib dan kon yang digunakan jurulatih, Fandi Ahmad, semasa latihan.

Rutin ini diulangi beliau sebelum latihan pada sebelah petang.

Malah Encik Omar, yang mempunyai tiga anak berusia antara 10 dengan 27 tahun, tidak mampu berehat selepas latihan bermula. Beliau perlu membersihkan dan menjemur bib yang digunakan pemain.

“Nak hantar kedai dobi tak sempat kalau ada training pagi dan petang. Jadi saya cuci dan jemur sendiri. Selalu juga saya keringkan satu-persatu dengan gunakan dryer (alat pengering),” katanya.

Pada hari perlawanan pula, beliau menyiapkan dua set jersi bagi setiap pemain. Bukan itu sahaja, setelah sembilan tahun bertugas sebagai juru kit, beliau sudah kenal ‘tabiat’ setiap pemain.

“Kalau Zulfahmi... dia mesti nak tukar stokin untuk separuh masa kedua, jadi untuk dia saya siapkan dua stokin.

“Isa dan Gabriel pula suka gunting stokin di bahagian bawah dan cara mereka gunting pun lain. Jadi saya pastikan mereka terima semula stokin yang telah mereka gunting itu,” ujar beliau, yang turut ‘menjaga’ pasukan nasional dan bawah 23 tahun.

Tugas Encik Omar sememangnya mencabar. Bayangkan, beliau mula bekerja pada 7 pagi, kurang sehari selepas pulang dari Sukan SEA Myanmar untuk menyiapkan keperluan latihan SingaXII.

Malah, sejak akhir musim SingaXII, bekas pekerja penghantaran itu belum lagi bercuti kerana komitmennya dengan pasukan nasional dan kemudian skuad Sukan SEA.
“Memang kadangkala tak larat,” katanya sambil tertawa besar.

“Tapi saya seronok bekerja kerana kami sudah macam keluarga. Semua pegawai pasukan saling membantu dan semangat itulah yang buat saya sayang nak tinggalkan kerja ni. Lagipun, saya memang minat bola sepak,” tambah beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3