Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tajaan rekod $4 juta bagi Young Lions

Feb 2, 2016 | 4:02 PM
-

YOUNG LIONS akan mendapat tajaan bernilai sehingga $4 juta selama dua tahun - satu rekod bagi kelab bola sepak di Singapura - daripada syarikat pelantaran mudah alih dan Internet Garena, mulai musim ini.

Tajaan $4 juta itu merangkumi wang tunai sejumlah $2 juta; sementara bakinya diperuntuk bagi program pemasaran dan pembangunan pemain.

Young Lions kini bergelar Garena Young Lions, bermula musim ini dan akan menyarung jersi yang menampilkan jenama Shopee - pasaran perniagaan ke perniagaan (C2C) di alam maya milik Garena.

Mengumumkan perjanjian itu di satu majlis perasmian semalam, presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Encik Zainudin Nordin berkata Garena dan FAS berkongsi falsafah yang sama, bagi memupuk dan mengembangkan bakat dari usia muda.

"Wang ini akan digunakan dengan bijak, bagi membangunkan bakat paling berpotensi setempat dan membentuk generasi pemain nasional seterusnya," kata Encik Zainudin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg