GEMBIRA bercampur lega sebaik menyaksikan Brazil membuka tirai Piala Dunia 2014 ini dengan langkah kemenangan.
Gembira kerana pasukan bergelar 'selecao' itu memenuhi jangkaan ramai sebagai pilihan untuk menjulang mahkota Piala Dunia buat kali keenam di tanah air sendiri dalam final pada 13 Julai nanti.