EURO 2016
Tak segagah dulu tetapi Jerman tetap menang
Poland dan Croatia turut buka kempen dengan kemenangan
Jun 14, 2016 | 05:30 AM
LILLE (Perancis): Juara dunia Jerman memulakan kempen untuk memenangi Kejohanan Eropah buat kali keempat dengan menewaskan Ukraine 2-0 dalam perlawanan Kumpulan C semalam.
Shkodran Mustafi dan pemain simpanan Bastian Schweinsteiger menjaringkan kededua gol, tetapi pemain terbaik di padang bagi pasukan Joachim Loew ialah Tony Kroos, yang merintis setiap peluang gol ketara bagi Jerman.