Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Takayuki Nishigaya dilantik ketua jurulatih pasukan nasional

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



BEKAS pemain bola sepak Liga Jepun (Liga-J), Takayuki Nishigaya, telah dilantik sebagai ketua jurulatih baru pasukan nasional Singapura.



Pelantikan itu dibuat Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam - empat bulan selepas bekas ketua jurulatih Singa, Tatsuma Yoshida, meletak jawatan menyusuli berakhirnya pertandingan Piala Suzuki AFF lewat Disember lalu.



Yoshida, warga Jepun, mengundurkan diri untuk pulang ke negara asalnya dan kini memimpin kelab Liga J2, Ventforet Kofu.



Nishigaya, juga warga Jepun dan menyambut ulang tahun ke-49 beliau pada 12 Mei ini, dipilih untuk mengisi "kerusi panas" pasukan Singapura itu atas saranan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA).



Demikian menurut Presiden FAS, Lim Kia Tong, dalam sidang media di Stadium Jalan Besar, petang semalam.



Nishigaya, yang diperkenalkan kepada media secara maya, mengikat kontrak dua tahun bersama FAS.



Beliau akan mula menggalas jawatannya secara rasmi bulan depan.



Beliau kini dalam proses mendapatkan dokumen kerja yang diperlukan sebelum memulakan tugasnya itu.



Nishigaya akan dibantu oleh jurulatih pasukan nasional bawah 23 tahun, Nazri Nasir, yang telah dilantik sebagai penolong jurulatih serta jurulatih kakitangan dan pakar analisis, Koichiro Iizuka.



Kededua Nazri dan Iizuka pernah berkhidmat sebagai kakitangan belakang tabir Tatsuma.



"Saya tahu penilaian tinggi yang dipegang pasukan Singa dan peminat terhadap Tatsuma, dan usaha mantap yang beliau laksanakan bersama pasukan," kata Nishigaya.



Beliau menambah: "Ia adalah matlamat saya untuk membina kemajuan yang telah beliau capai, dan dalam hal ini, kepakaran dan pengetahuan Nazri - bekas kapten Singapura yang dihormati pasukan - dan Koichiro akan menjadi kunci untuk membantu kami mengecapinya.



"Bersama sokongan padu daripada peminat dan pihak berkepentingan lain, saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu membawa bola sepak Singapura ke hadapan."



Mengalu-alukan pelantikan Nishigaya, Lim berkata:



"Kami gembira untuk mendapatkan Nishigaya selepas proses pencarian ketua jurulatih yang ketat.



"Kami tahu Tatsuma meninggalkan ruang yang besar untuk diisi, justeru adalah penting kami menemui calon terbaik, yang mempunyai perwatakan dan ciri yang diperlukan untuk beliau berjaya.



"Kami percaya Nishigaya memiliki keupayaan itu dan yakin beliau dapat menyahut cabaran untuk terus membuat pasukan Singa kita mengaum."



Lahir di Shizuoka, Nishigaya merupakan bekas pemain pertahanan Liga-J.



Beliau pernah menyarung jersi pasukan mantap, Nagoya Grampus, Avispa Fukuoka, Tokyo Verdy dan JEF United Chiba dari 1996 hingga 2000.



Beliau kemudian berpindah ke kelab divisyen kedua, Albirex Niigata, pada 2001 sebelum menggantung butnya pada akhir musim.



Sejak itu, beliau menggalas tugas penolong jurulatih di Universiti Tsukuba, Tokyo Verdy, Universiti Chukyo, Albirex Niigata dan Mito Hollyhock, sebelum menjadi ketua jurulatih Mito pada pertengahan 2015 selama dua musim.



Nishigaya kemudian memimpin kelab liga tiga SC Sagamihara pada 2018 sebelum menyertai pasukan liga dua Matsumoto Yamaga pada 2019 sebagai jurulatih bawah 18 tahun dan menjadi penolong jurulatih pasukan senior kelab itu pada 2020.



Beliau meninggalkan kelab tersebut Jun tahun lalu.



Sama seperti pendahulunya, Yoshida, Nishigaya tiada pengalaman mengendalikan pasukan nasional.



Yoshida mampu merakam enam kemenangan daripada 19 perlawanan, memimpin Singapura ke separuh akhir Piala Suzuki tahun lalu, dan telah dipuji kerana membawa kembali bibit kecemerlangan dalam pasukan nasional.



Ujian pertama Nishigaya adalah kelayakan Piala Asia 2023 pada 8 hingga 14 Jun ini.



Dalam pertandingan itu, Singapura akan berdepan pasukan tuan rumah Krygyzstan, Tajikistan dan Myanmar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >