Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMILIHAN ATLET SG KE TEMASYA SUKAN ASIA

Takraw, skuad bola sepak wanita antara dipilih kontinjen SG

Jaguh renang Schooling berpeluang pertahan 2 pingat emas dimenangi di temasya empat tahun lalu tapi tiada tempat bagi pelari Soh Rui Yong
Apr 20, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak wanita nasional akan mewakili negara buat julung-julung kali di temasya Sukan Asia tahun ini, sementara sepak takraw akan menghantar enam atlet selepas penyertaan mereka diluluskan.



Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) kelmarin mengumumkan kontinjen atlet terbesar 382 orang yang akan bertanding dalam 29 cabang sukan di Sukan Asia ke-19 yang dijadual berlangsung 10-25 September di Hangzhou, China, nanti.



Penyertaan mereka telah diluluskan oleh jawatankuasa pemilihan yang diketuai presiden SNOC, Encik Tan Chuan-Jin.



Bintang renang negara, Joseph Schooling, juga akan beraksi di Hangzhou, di mana beliau dijangka berusaha mempertahankan dua pingat emas yang dimenanginya dalam acara gaya kupu-kupu 50 meter dan 100 meter, di temasya empat tahun lalu.



Beliau dan rakan sepasukan, Quah Zheng Wen, akan beraksi buat kali pertama di peringkat Asia selepas kededuanya menyertai Perkhidmatan Negara (NS) menyusuli Sukan Olimpik di Tokyo pada Ogos lalu.



Turut menerima berita baik adalah pasukan bola sepak lelaki dan wanita nasional, yang akan beraksi di Sukan SEA buat kali pertama dalam hampir 20 tahun.



SNOC juga telah meluluskan penyertaan bagi pasukan ragbi tujuh sepasuk lelaki dan wanita, serta pasukan polo air nasional. Kededua sukan itu tidak disertakan di Sukan SEA Hanoi.



Ketua perhubungan di Kesatuan Ragbi Singapura (SRU), Douglas Danapal, berkata persatuan itu amat menghargai keputusan SNOC itu, terutama kerana ini adalah kali pertama kededua pasukan lelaki dan wanita dipilih bagi Sukan Asia.



Menambah, beliau berkata:



"Moga ini membuka pintu bagi kami menghantar pasukan di Siri Tujuh Sepasuk Sedunia yang dimainkan di Hab Sukan, dengan sokongan padu penyokong sendiri."



Walaupun bilangan atlet yang dipilih mencecah angka rekod, nama atlet maraton, Soh Rui Yong, tiada dalam senarai Team Singapore ke Hangzhou.



Ini walaupun beliau memecahkan rekod nasional sendiri dengan masa 2 jam 22 minit 59 saat (2:22:59) pada Disember lalu. Masa itu lebih pantas daripada masa kelayakan bagi Sukan Asia, iaitu 2:23.42



Soh, 30 tahun, menaruh harapan menjadi warga Singapura pertama bertanding dalam acara maraton di Sukan Asia.



Beliau juga telah memenuhi syarat kelayakan bagi acara lumba 10,000 meter selepas mencatat masa 31:28.67 pada November lalu, jauh lebih rendah daripada masa kelayakan 31:44.14.



Namun, pertikaian antara Soh dengan SNOC, yang menganggap kelakonannya sebagai atlet di bawah jangkaan, bermakna beliau bukan sahaja terlepas beraksi di Sukan SEA sejak 2019, malah Sukan Asia nanti.



Beberapa hari selepas beliau mendapat tahu tidak disertakan dalam Sukan SEA di Hanoi, Soh memohon maaf kepada SNOC menerusi akaun media sosial.



Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST) berhubung perkara ini, jurucakap SNOC berkata pihaknya masih belum yakin Soh telah berubah sikap (sejak tempoh pemilihan Sukan SEA).



Dihubungi kelmarin, Soh berkata beliau belum dihubungi SNOC sejak memohon maaf dan berharap dapat mengadakan mesyuarat dengan SNOC untuk mencari penghuraian.



Menambah, Soh berkata beliau akan membuat rayuan menerusi Atletik Singapura (SA) jika persatuan itu memutuskan untuk berbuat demikian.



Atlet yang belum memenuhi syarat kelayakan diberi masa sehingga Isnin untuk membuat rayuan.



Di Sukan Asia 2018 di Indonesia, Singapura, yang menghantar 264 atlet, pulang dengan empat emas, empat perak dan 14 gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >