HAMPIR tewas dan pelan permainan asalnya kelihatan tidak membuahkan hasil dan Tampines Rovers boleh sahaja membuat hantaran bola tinggi ke hadapan dengan harapan meraih jaringan gol.
Namun pasukan yang dikenali sebagai Stags itu tetap mengekalkan strategi mereka untuk menyerang lawan dan berjaya meraih keputusan seri 1-1 menentang Hanoi FC dalam Kumpulan F Piala Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) kelmarin, lapor The Straits Times.