KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018

Tamparan bagi Argentina beraksi tanpa Messi

LA PAZ (Bolivia): Dikejutkan dengan penggantungan bintang dan kapten pasukan Lionel Messi, Argentina mengalami kekalahan 0-2 kepada Bolivia dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 semalam.

Kekalahan luar dugaan itu juga satu tamparan besar kepada Argentina dalam usaha Messi dan rakan-rakannya melayakkan diri ke Piala Dunia di Russia nanti.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan