Tampines akan tetap terkilan? , Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Sukan0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Tampines akan tetap terkilan?

Dec 04, 2020 | 05:30 AM

MESKIPUN kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC musim depan kini dalam genggamannya, Tampines Rovers melangkah ke padang esok dengan pengetahuan harapannya memenangi Liga Perdana Singapura (SPL) tidak lagi dalam kawalannya.

Ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Albirex Niigata (S) pada hari terakhir musim ini, pemainnya tahu bahawa menewaskan Geylang International dalam derby timur di Our Tampines Hub (OTH) belum tentu mencukupi untuk membolehkan mereka menjulang trofi SPL.

Albirex, yang bertemu Hougang pada hari sama, hanya perlu memenangi perlawanan itu atau seri sedang Tampines juga seri untuk menyandang kejuaraan liga keempat mereka dalam lima musim.

Sebaliknya, Tampines bukan perlu menang sahaja, malah berharap Albirex tercicir mata.

Jika Tampines seri dengan Geylang, ia berharap Albirex tewas dengan dua gol kepada Hougang untuk ia menjadi juara berdasarkan perbezaan gol.

Berita Popular

Selepas Tampines diikat 1-1 oleh Lion City Sailors dalam perlawanan kelmarin, jurulatih Gavin Lee berkata pemainnya tidak akan berputus asa dan berjuang hingga saat akhir.

"Cabaran bagi kami ialah mengekalkan mutu permainan kami hingga penghujung perlawanan, tetapi bagi saya sebarang pasukan akan bergelut memenuhi jadual (perlawanan) musim ini.

"Pemain kami telah mencatat sejarah bagi kelab dan mereka harus berasa bangga.

"Tentutnya, kami boleh memberi diri kami kedudukann lebih baik menjelang perlawanan terakhir dalam persaingan menjadi juara liga, tetapi kami akan cuba mengakhiri musim sekuat mungkin.

"Kami tidak akan berputus asa sehingga wisel penamat pada perlawanan terakhir," kata Lee.

Sailors memulakan perlawanan terakhir esok dengan pengetahuan bahaa tempatnya di Piala AFC telah terjamin.

Berlainan daripada lawannya Balestier Khalsa.

Ia perlu mendapat keputusan sama dengan keputusan Geylang dalam perlawanannya menentang Tampines.

Ini kerana Balestier dan Geylang terikat 19 mata dengan masing-masing tangga keempat dan kelima liga, selepas kededua kelab memenangi perlawanan masing-masing kelmarin dengan keputusan 2-1.

Namun, Balestier mempunyai kelebihan gol lebih baik daripada Geylang dan jika kededua kelab masih terikat mata pada wisel penamat perlawanan masing-masing esok, Balestier akan merebut tempat kelayakan Piala AFC itu.

Di kaki liga pula, Tanjong Pagar akan berentap dengan Young Lions - peluang terakhir untuk memenangi perlawanan pertama musim ini.

Tugas Tanjong Pagar mungkin sukar, berdasarkan sejarah, kerana Young Lions telah menewaskannya pada awal musim ini untuk mencatat kemenangan pertama mereka.

Dalam pada itu, musim yang menyaksikan antara persaingan paling sengit hingga hari terakhir ini juga bakal melabuh tirai dengan membolehkan penonton buat kali pertama berasda di dalam stadium sejak Mac.

Seramai 200 penonton dibenar menyaksikan perlawanan antara Tampines dan Geylang.

Perlawanan itu dipilih sebagai ujian rintis bagi menilai protokol dan langkah selamat lain, dalam persiapan membenarkan penonton kembali ke stadium bagi menyaksikan perlaanan pada musim 2021.


AKSI ESOK

- Tanjong Pagar lwn Young Lions
- Hougang lwn Albirex Niigata (S)
- Tampines Rovers lwn Geylang International
- Lion City Sailors lwn Balestier Khalsa

*Semua perlawanan berlangsung pada 5.30 petang.
*Siaran langsung di Singtel TV, StarHub TV dan Facebook & YouTube Liga Perdana Singapura

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map