Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tampines benam Home United 5-1, loncat ke puncak Liga Perdana S’pura

Mar 09, 2019 | 05:30 PM



 



 



Liga Perdana Singapura musim 2019 baru berusia dua minggu, tetapi Tampines Rovers telah mula tunjuk taring sebagai antara pesaing utama selepas menewaskan Home United 5-1 di Our Tampines Hub pada Jumaat (8 Mac).



Ia ada kali kedua dalam dua perlawanan berturut-turut Tampines menjaringkan lim gol. Ia menewaskan Hougang United dengan jaringan sama dalam perlawanan pembukaan minggu lalu.



Namun, jurulatih Tampines Gavin Lee enggan membenarkan fikirannya melayang dan menepis sebarang cadangan bahawa Tampines bersedia merampas tahta daripada Albirex Niigata, yang telah membolot kesemua kejuaraan domestik buat dua tahun berturut-turut.



“Keputusan ini terlalu baik untuk kami, dan dua kemenangan dalam dua perlawanan pertama adalah permulaan yang baik,” ujar Lee, rendah hati, semasa bercakap kepada akhbar The Straits Times.



“Namun, kini kami perlu berwaspada dan terus bekerja keras… semua pasukan yang berhadapan dengan kami dari saat ini akan bertekad untuk merampas mata,” tambah beliau.



Gol Tampines dijaringkan oleh Irwan Shah, Jordan Webb, Yasir Hanap, Taufik Suporno dan kapten Shahdan Sulaiman.



Gol sagu hati Home dijaringkan oleh Adam Swandi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >