SOROTAN MINGGUAN LIGA-S GREAT EASTERN-YEO'S
Tampines kian menjadi
Kongsi mata dengan Albirex di persada, manakala Balestier dan Young Lions terperuk di kaki liga
PERMULAAN yang perlahan kini kian rancak bagi Tampines Rovers selepas ia mengutip kemenangan ketiga dan meneruskan pendakian ke puncak Liga-S Great Eastern- Yeo's.
Kelab gergasi setempat dan pasukan glamor musim ini menewaskan pasukan corot Garena Young Lions (Young Lions) 2-1 di Stadium Jalan Besar (JBS) kelmarin, dengan Shakir Hamzah dan Christopher Van Huizen menemui sasaran.