Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Tampines perlu ketepikan Home United untuk naik ke persada

Aug 03, 2019 | 05:30 AM



SAINGAN bagi merebut gelaran juara Liga Perdana Singapura (SPL) musim ini kini semakin rancak dan sengit.



Hanya lima mata memisahkan pasukan di persada liga, Brunei DPMM dan pasukan tempat keempat, Hougang United.



Namun, tumpuan utama akan diberikan kepada Tampines Rovers bagi perlawanan minggu ini.



Berada di tangga ketiga dengan 30 mata, pasukan The Stags (gelaran Tampines) mempunyai peluang naik satu tangga sekali gus mengambil alih tempat juara bertahan, Albirex Niigata, yang berada di hadapan mereka dengan hanya satu mata.



Bagaimanapun, mereka terlebih dahulu perlu mengharungi cabaran besar petang ini apabila bertemu Home United di Stadium Our Tampines Hub (OTH).



Memikul tanggungjawab yang berat dalam memastikan pasukan bimbingannya dapat bertahan dan memberi persembahan yang konsisten, jurulatih Tampines, Gavin Lee berkata mereka kekal optimis dengan peluang mereka.



"Terdapat perasaan tenang di dalam dalam sekeliling pasukan ini. Selama ini, kami sentiasa menumpukan perhatian terhadap satu perlawanan demi satu perlawanan dan kami tidak akan mengubah pendekatan tersebut," kata Lee yang menyifatkan musim ini sebagai saingan yang sengit antara empat pasukan teratas.



Meskipun begitu, pengendali pasukan berusia 28 tahun itu akur dengan kebangkitan Home yang kini di bawah pimpinan bekas jurulatih skuad Singa, Raddy Avramovic.



"Sejak musim bermula, persaingan memang rapat dan setiap pasukan akan memastikan mereka berjuang hingga ke akhir musim.



"Kami juga tidak boleh mengendahkan Home yang kian bangkit dan menyertai saingan ini," tambah Lee.



Pada perlawanan terakhir mereka minggu lalu, pasukan The Protectors (gelaran Home) berjaya mengatasi DPMM dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Arshad Shamim pada minit ke-80.



Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua berturut-turut bagi DPMM yang sebelum itu tumpas di tangan Hougang United 3-1.



Biarpun berjaya membawa pulang tiga mata dengan kemenangan 4-2 ketika pertemuan terakhir mereka dua minggu lalu, Lee menegaskan keputusan untuk perlawanan hari ini antara mereka mampu berubah.



"Home telah menunjukkan persembahan yang baik ketika menentang DPMM minggu lalu dan semua orang tahu mereka mempunyai skuad yang dibarisi ramai pemain berbakat.



"Mereka memiliki pemain berpengalaman seperti Shahril Ishak dan Jumaat Jantan yang kembali di dalam pasukan mereka.



"Tidak dilupakan keupayaan Hafiz Nor di dalam kotak lawan serta Hami Syahin dan Song Ui Young yang juga telah beraksi dengan cemerlang bersama.



"Jadi kami jangkakan tentangan hebat dari mereka dan seperti biasa perlawanan antara kami tentunya sengit," ujar Lee lagi.



Kongsikan kekurangan pasukannya ketika perlawanan antara mereka pada 23 Julai lalu, pembantu jurulatih Home, Noh Rahman berkata kelemahan benteng pertahanan mereka telah menyaksikan ia rapuh di separuh masa kedua, meskipun mendahului pada aksi babak pertama.



"Kami tidak begitu padat pada separuh masa kedua berbanding dengan yang pertama. Kami terdedah dengan kualiti hantaran bola mereka di bahagian tengah dan pertahanan kami.



"Saya dan Raddy telah membincangkan tentang beberapa cara yang mungkin dapat kita lakukan untuk menangani kualiti persembahan mereka.



"Perlawanan ini tentu sukar bagi kami dan kami akan menggunakan peluang ini untuk menguji diri kami terhadap pasukan yang telah bangkit beraksi dengan baik dalam beberapa permainan terakhir mereka.



"Kami akan memulakan perlawanan dengan langkah kanan dan dengan kepercayaan bahawa ia tidak mustahil untuk mendapatkan keputusan menentang kelab teratas.



"Ia juga merupakan peluang bagi kami untuk mencuba merapatkan jurang kami dengan tiga pasukan teratas," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >