PREVIU MINGGUAN LIGA-S GREAT EASTERN-YEO'S
Tampines perlu tiga mata bagi kekal bersaing di puncak
Jun 11, 2016 | 05:30 AM
TERKANDAS di tangga kedua, kelab gergasi Tampines Rovers tidak mampu mencicir mata semasa bertemu juara bertahan Brunei DPMM malam ini - perlawanan pertama selepas rehat minggu antarabangsa.
Namun ujian getir menanti jurulatih baru Akbar Nawas dalam perlawanan pertama sejak menggantikan V. Sundramoorthy yang dilantik menjadi jurulatih nasional baru-baru ini.