Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tampines pertahan Trofi Sumbangsih

Feb 22, 2014 | 01:41 PM



CIRI-CIRI seorang penyerang hebat ialah keupayaan menyambar peluang di depan gawang lawan.


Itulah juga yang dibuktikan oleh penyerang bintang Tampines Rovers, Miljan Mrdakovic, apabila gol tunggal jaringannya memastikan pasukan juara bertahan itu membuka tirai kejohanan bola sepak Liga-S Great Eastern-Yeo's musim ini dengan kemenangan 1-0 ke atas Home United di Stadium Jalan Besar malam tadi.


Sekalipun 'dikunci' sepanjang separuh masa pertama yang dikuasai Home, juara Piala RHB Singapura musim lalu, Mrdakovic tiba-tiba muncul seminit selepas permainan babak kedua dimulakan untuk menyambar peluang bagi gol kemenangan Tampines, juara liga sejak tiga musim lalu.


Selain merangkul tiga mata penuh liga, kemenangan itu membolehkan pasukan pimpinan Salim Moin menjulang piala pertamanya musim ini - Trofi Sumbangsih - yang sudah pun dimenangi pasukan bergelar The Stags itu sejak tiga musim lalu.


Namun, skrip perlawanan mungkin berubah wajah jika tidak kerana Home mensesiakan beberapa peluang jaringannya dalam babak pertama permainan. Dengan Tampines kelihatan terkial-kial mendapatkan rentak permainan, Home berjaya mengatur beberapa gerakan berbahaya tetapi gagal memanfaatkannya.


Home memberi amaran seawal minit ketujuh apabila rembatan kencang pemain 'marquee'-nya, Lee Kwan Woo, memaksa penjaga gawang Tampines, Hyrulnizam Jumaat, bertindak cemerlang menyelamatkan gawangnya.


Lee sekali lagi bergerak bahaya tetapi kali ini percubaannya pada minit ke-20 tersasar.


Peluang terbaik babak pertama permainan jatuh di kaki bekas pemain nasional, Qiu Li, yang berganding baik dengan Lee tetapi rembatan kencang Li dapat diselamatkan oleh Hyrulnizam.


Pada minit ke-71, Yasir Hanapi, disajikan peluang keemasan di depan gawang Tampines tetapi percubaannya melepasi palang gawang.


Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Home mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain selepas Li dilayang kad merah pada minit ke-81.


Kesebelasan Tampines Rovers: Hyrulnizam Jumaat, Fahrudin Mustafic, Kunihiro Yamashita, Shaiful Esah (Anas Hadee), Shahdan Sulaiman, Aleksandar Duric (Jamil Ali), Miljan Mrdakovic (Noh Alam Shah), Norihiro Kawakami, Roberto Martinez dan Closa Gonzales.


Kesebelasan Home United: Shahril Jantan, Jumaat Jantan, Bruno (Ahmed Fahmie), Ismail Yunos, Kwon Dakyung, Yasir Hanapi, Izzdin Shafiq, Song Inyoung (Syahiran , Lee Kwan Woo, Qiu Li dan Sirina Camara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >