Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFC

Tampines Rovers kalahkan Yangon Utd

May 04, 2019 | 05:30 AM



TAMPINES Rovers memerlukan gol di minit-minit terakhir untuk membantu mereka meraih kemenangan 4-2 dalam pertarungan Kumpulan F Piala AFC dengan kelab Kemboja, Nagaworld FC pada 17 April lalu.



Rabu lalu, kelab Liga Perdana Singapura (SPL) itu sekali lagi perlu mengharungi perlawanan piala serantau yang sukar apabila terpaksa berusaha dengan lebih keras untuk menewaskan Yangon United 4-3 di Stadium Jalan Besar.



Penyerang Tampines, Khairul Amri mensia-siakan beberapa peluang keemasan, namun tetap pulang dengan bola perlawanan selepas berjaya mendapatkan hatrik jaringan pada minit kedua, ke-43 dan ke-77.



Malah, hatriknya itu tidak mencukupi bagi memastikan kemenangan selepas Yangon berjaya memanfaatkan kesilapan dari benteng pertahanan Tampines untuk kembali memberikan tentangan hebat.



Sorakan padu penyokong Myanmar yang hadir, memberi semangat kepada Soe Min Naing pada minit ke-58 memulakan kebangkitan Yangon disusuli gol dari Maung Maung Lwin (71 minit) dan Kyaw Zin Oo (85 minit).



Bagaimanaun, keyakinan kelab The Stags itu sedikitpun tidak terjejas dan mereka bangkit untuk mengatur serangan balas.



Yangon mempunyai peluang mengambil alih kuasa perlawanan pada minit ke-87, namun reaksi pantas penjaga gol Tampines, Syazwan Buhari menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi oleh Kosuke Yamazaki.



Dengan masa menghampiri saat-saat terakhir, pemain bek kiri Irwan Shah menjadi wira pasukan dengan gol di minit ke-91 selepas menyempurnakan hantaran Madhu Mohana dan melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan Wai Lin Aung.



Selepas empat kemenangan dan satu seri, Tampines mendahului Kumpulan F dengan 13 mata dan hanya memerlukan keputusan seri apabila bertemu pasukan Vietnam, Ha Noi, pada 15 Mei ini untuk memastikan kelayakan ke perlawanan separuh akhir zon Asean.



Bagaimanapun, jurulatih Tampines, Kadir Yahaya mahu pasukannya memperbaiki pertahanan mereka jika ingin melangkah jauh dalam pertandingan itu.



Beliau berkata:



"Seperti perlawanan menentang Nagaworld, selepas kami menjaringkan gol pertama, kami mula leka.



"Mungkin kerana terlalu yakin, tetapi kami terus mencuba dan mempunyai beberapa peluang menamatkan perlawanan itu yang gagal kami sempurnakan.



"Kami menghiburkan peminat, tetapi dari perspektif jurulatih, kami membuat kesilapan individu yang perlu dibetulkan untuk terus maju.



"Kami gagal mempertahankan gawang kami dalam tempoh lima hingga 10 minit terakhir dan ia agak membimbangkan. Jika kami menentang sebuah pasukan yang lebih kuat, mereka mungkin dapat mengalahkan kami."



Amri turut bersependapat dengan jurulatih sambil menekankan perlunya mereka memperbaiki benteng pertahanan mereka.



"Ia adalah satu perlawanan yang terlalu sengit... saya terlepas banyak peluang dan mengecewakan pasukan saya turun. Mereka terpaksa berjuang sehingga ke wisel akhir.



"Saya gembira dapat menyumbangkan tiga gol, tetapi ia seperti tidak mencukupi dan saya sepatutnya menjaringkan empat atau lima gol lagi. Kita perlu lebih tajam dalam permainan akan datang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >