Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Tampines, Sailors berentap untuk kejar Albirex

Jul 30, 2021 | 05:30 AM



TAMPINES Rovers kembali beraksi di AIA Liga Perdana Singapura (SPL) dalam perlawanan minggu ke-13 meskipun dua ahli skuad mereka telah diuji positif Covid-19 baru-baru ini.



Kejadian itu berlaku sekembalinya pasukan tersebut daripada kempen Liga Juara Asia (ACL) di Uzbekistan pada awal bulan ini.



Tampines, yang berada di tangga keempat di liga, akan berdepan dengan Lion City Sailors yang berada di tempat kedua.



Sailors gagal memecahkan rekod belum pernah kalah Albirex Niigata selepas keputusan berakhir seri 1-1 di Stadium Jurong East minggu lalu.



Apatah lagi, kapten nasional Hariss Harun ingin bangkit daripada persembahan mengecewakan beliau dalam perlawanan itu setelah hampir empat tahun tidak beraksi di padang Singapura.



"Persembahan saya menentang Albirex pastinya bukanlah yang terbaik, dan saya tidak gembira dengan persembahan saya. Namun, saya bertekad untuk terus berusaha dan membantu pasukan ini dengan lebih gigih lagi," kata Hariss yang pernah menyertai skuad Johor Darul Takzim (JDT) di seberang Tambak selama hampir lapan tahun sebelum ini.



Pemain Tampines Rovers, di bawah Gavin Lee juga ingin bangkit daripada kekecewaan kempen pertama mereka di ACL.



Tampines kalah kesemua perlawanan dalam kumpulan mereka dan hanya mampu menjaringkan satu gol dalam kekalahan 8-1 menentang Gamba bulan lalu.



Daniel Bennett menjaringkan gol itu dan membuat beliau pemain tertua menjaringkan gol dalam sejarah ACL pada usia 43 tahun dan 181 hari.



Kali terakhir kedua gergasi itu bertemu adalah dalam perlawanan pembukaan liga pada Mac lalu di mana keputusan seri 3-3 di Stadium Jalan Besar.



Dalam perlawanan lain, Hougang United akan menghadapi cabaran besar menentang juara bertahan Albirex Niigata di Stadium Hougang malam ini.



Hougang ingin memberi prestasi lebih baik setelah kalah secara mengejut di tangan Tanjong Pagar United 4-1 minggu lalu.



Mereka juga berharap penjaring terbanyak liga musim ini dengan 15 gol, Tomoyoku Doi, dapat membantu Hougang mengumpul kesemua tiga mata.



Albirex pula ingin teruskan prestasi cemerlang mereka dengan tidak pernah kalah di liga musim ini.



Juara bertahan itu mampu memberikan saingan sengit menerusi corak permainan pantas mereka.



Geylang International pula ingin meneruskan persembahan baik mereka di Stadium Jurong East Ahad ini apabila berdepan dengan Tanjong Pagar.



Anak buah Noor Ali gembira untuk membina semangat daripada kemenangan 3-1 ke atas Balestier Khalsa minggu lalu menerusi jaringan Amy Recha (2 gol) dan Moresche.



Pemain Brazil, Luiz Junior juga ingin menunjukkan kehebatan beliau di kotak penalti setelah menyumbangkan sebanyak tujuh gol untuk Tanjong Pagar musim ini.



Hingga 100 penonton yang telah melengkapkan vaksinasi atau menunjukkan bukti ujian negatif bagi Covid-19 akan dibenarkan menyaksikan semua perlawanan SPL di stadium minggu ini selepas Singapura kembali ke Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat).




JADUAL PERLAWANAN MINGGU 13



  • MALAM INI: 7.45 malam

    Hougang United lwn Albirex Niigata, Stadium Hougang

  • ESOK: 5.30 petang

    Balestier Khalsa lwn Young Lions, Stadium Toa Payoh

  • AHAD: 5.30 petang

    Tanjong Pagar lwn Geylang International , Stadium Jurong East

  • RABU: 7.45 malam

    Tampines Rovers lwn Lion City Sailors, Our Tampines Hub

* Siaran langsung perlawanan di YouTube, Facebook Liga Perdana Singapura, SingTel TV, StarHub TV




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >