Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SOROTAN MINGGUAN LIGA PERDANA SINGAPURA

Tampines terlepas peluang, Albirex di ambang kejuaraan

Jul 17, 2018 | 05:30 AM



TAMPINES Rovers terlepas peluang keemasan untuk merapat jurang dengan Albirex Niigata di puncak Liga Perdana Singapura, selepas ia ditewaskan 1-2 oleh kelab dari Jepun itu Sabtu lalu.



Sebaliknya, kemenangan itu - yang ke-16 berturut-turut oleh Albirex - bukan sahaja memelihara rekod kemenangan 100 peratus musim ini, malah merapatkannya dengan kejuaraan liga ketiga berturut- turut.



Malam ini, jika Albirex menewaskan Young Lions dan Tampines tewas kepada Brunei DPMM di Bandar Seri Begawan, anak didik Kazuaki Yoshinaga boleh menjulang trofi liga.



Perlawanan bermula dengan petanda buruk oleh Tampines, yang juga tewas dalam kededua perlawanan dengan Albirex musim ini, selepas ia ketinggalan satu gol seawal minit pertama.



Pemain nasional Singapura, Adam Swandi membawa bola ke petak penalti sebelum menghantar bola lintang yang gagal ditendang ke luar kawasan bahaya oleh kapten Tampines Mustafic Fahrudin.



Bola melantun ke arah Shuhei Hoshino, yang menjaringkan gol dari jarak 10 meter.



Hoshino sekali lagi menemui sasaran di awal separuh masa kedua, sebelum penyerang nasional Khairul Amri menjaring gol sagu hati di penghujung perlawanan.



Gol itu adalah yang ke-17 dijaringkan Hoshino musim ini, dan beliau dijangka memenangi but emas di akhir musim.



Mengulas tentang peluang pasukannya menjulang trofi, Yoshinaga berkata:



"Kami masih perlu memenangi dua perlawanan untuk menjamin kejuaraan... jadi perjalanan kita masih jauh.



"Namun, kita akan masih bekerja keras dan mempertingkat permainan jika kita memenangi kejuaraan."



Jurulatih Tampines Jurgen Raab berkata:



"Prosedur serupa ini berulang sahaja... Albirex pasukan yang kuat dan jika mereka mendapat gol pertama, adalah sukar untuk kami melakukan sesuatu. Malah, kami memberikan mereka gol hadiah di awal permainan dan gagal menyempurnakan peluang yang dirintis dalam separuh masa pertama."



Kemenangan itu membenarkan Albirex meraih jurang 19 mata ke atas Tanpines, yang bertandang ke Brunei malam ini.



Tugas Tampines di sana adalah sukar. Ia bukan sahaja beraksi dalam perlawanan ketiga berturut-turut di stadium lawan, malam DPMM memulakan perlawanan dengan keyakinan tinggi, selepas mencatat kemenangan memberangsangkan 3-2 ke atas Hougang minggu lalu.



Hougang, yang tewas kali kedua berturut-turut Sabtu lalu - 0-3 kepada Young Lions tidak beraksi minggu ini dan perlu menanti lebih lama untuk menebus kekecewaan dan mengutip mata selanjutnya.



Dalam pada itu, Geylang International berupaya menebus kekecewaan tewas 0-1 kepada Warriors FC kelmarin, apabila ia bertemu Tampines dalam ‘derby Timur’ pada Sabtu ini.



Home United juga memburu tiga mata penuh semasa bertandang ke Bandar Seri Begawan untuk bertemu DPMM Sabtu ini, selepas ia diikat 1-1 oleh Balestier Khalsa.



Home dan Tampines kini terikat dengan 29 mata dengan Tampines mendahuluinya di tangga kedua menerusi kiraan gol.



Siaran langsung boleh diikuti menerusi laman https://mycujoo.tv/competitions/Great-Eastern-Hyundai-Singapore-Premier-League. Tiket $5 (dewasa) dan $1 (harga konsesi) boleh dibeli daripada laman www.apactix.com. Tiket semusim (mengikut pasukan) berharga $50.




SEKILAS



Keputusan minggu lalu



Home United 2

Amy Recha 19’

Hafiz Nor 27’



Young Lions 0



Brunei DPMM 3

Volodymyr Pryyomov 6’

Adi Said 63’

Mohammad Shahrazen Said 90’



Hougang 2

Fabian Kwok 31’

Fareez Farhan 73’



Albirex Niigata 2

Shuhei Hoshino 1’, 50’



Tampines Rovers 1

Khairul Amri 89’



Young Lions 3

Hami Syahin 23’

Haiqal Pashia 83’

Ikhsan Fandi 90’



Hougang 0

Jordan Vestering 82’ (kad

merah)



Geylang International 0



Warriors FC 1

Jonathan Behe 10’

Khairul Nizam 90+4’ (kad merah)



Home United 1

Shahril Ishak 41’



Balestier Khalsa 1

Fadli Kamis 16’



Malam ini



Albirex Niigata lwn Young Lions

7.45 malam, Stadium Jurong East



Brunei DPMM lwn Tampines Rovers

8.15pm, Stadium Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei



Sabtu



Tampines Rovers lwn Geylang International

5.30 petang, Stadium Tampines



Brunei DPMM lwn Home United

8.15pm, Stadium Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei



Ahad



Warriors FC lwn Young Lions

5.30 petang, Stadium Choa Chu Kang



Balestier Khalsa lwn Albirex Niigata

5.30 petang, Stadium Toa Payoh




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >