Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Tampines tewas, Warriors gigit jari

Apr 09, 2019 | 05:30 AM



PERMULAAN musim 'sempurna' Tampines Rovers berakhir kelmarin selepas ia tewas 1-2 kepada Brunei DPMM.



Sementara itu, Warriors FC pula terpaksa menanti lebih lama untuk meraih mata pertama dalam Liga Perdana Singapura (SPL), selepas dibelasah Geylang International 2-5.



Kekalahan bagi Tampines itu adalah yang pertama dalam lapan perlawanan bagi semua pertandingan.



Namun, pasukan itu kekal di takhta liga degan 10 mata selepas lima perlawanan, sama mata yang diraih DPMM yang telah beraksi kurang satu perlawanan.



Di Bandar Seri Begawan, kegagalan barisan depan Tampines akhirnya membawa padah apabila Andrei Varankou menyumbat gol pertama bagi DPMM sejurus sebelum waktu rehat.



Azwan Ali Rahman, menggandakan kelebihan bagi pasukan tuan rumah pada minit ke-60, dengan Tampines masih gagal membolosi benteng dan gawang lawan.



Penyerang veteran Khairul Amri, yang memulakan perlawanan di bangku simpanan, menyertai permainan dalam babak kedua, antara usaha jurulatih Gavin Lee untuk mempertajam barisan depannya.



Amri berjaya menjaringkan gol - pada minit ke-84 - tetapi ia dijaringkan terlalu lewat dan Tampines tidak berdaya menyumbat gol penyamaan sebelum pengadil meniup wisel penamat.



Bagi Warriors pula ia bagai jatuh ditimpa tangga. Pasukan itu bukan sahaja gagal mempertahankan kelebihan dua gol untuk memenangi perlawanan pertama musim ini, malah mengakhiri perlawanan dengan Geylang tanpa kaptennya Poh Yi Feng yang dilayang kad merah.



Poh dianggap pengadil terlibat dalam pergaduhan antara pemain kededua pasukan dalam separuh masa kedua.



Permainan di Our Tampines Hub itu bermula dengan cerah bagi Warriors, selepas gol-gol jaringan Ignatius Ang dan Fairoz Hasan memberi mereka kelebihan 2-0 pada waktu rehat.



Namun, Geylang muncul dari waktu rehat dengan tekad baru, dengan penyerang Amy Recha membintangi separuh masa kedua.



Amy menjaringkan gol pertama melalui sepakan penalti pada minit ke-58, sebelum menyamakan kedudukan pada minit ke-66, memperdaya penjaga gawang dengan rembatan kemas.



Beliau melengkapkan hatrik pada minit ke-84, menyambar dan merembat bola yang lolos di petak penalti, untuk memberi kelebihan 3-2 kepada Geylang.



Firdaus Kasman dan Fareez Farhan kemudian melengkapkan jaringan menjadi 5-2 selepas itu.



Warriosr akan bertemu Young Lions - yang tewas 2-1 kepada Home United - esok, dengan kededua pasukan terdesak tidak mencicirkan mata lagi.



Warriors, yang beraksi dua kali minggu ini, juga dijadualkan bertemu Albirex Niigata pada Sabtu ini.



Kelab itu merebut kemenangan pertama selepas ia menewaskan Balestier Khalsa 2-1 di Stadium Jurong East minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >