Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Tanjong Pagar, Young Lions mahu kutip mata penuh

Apr 09, 2021 | 05:30 AM



TERPERUK di kedudukan corot dalam liga, Tanjong Pagar dan Young Lions masing-masing terdesak mengutip mata apabila mereka berentap di Stadium Jalan Besar esok.



Kededua pasukan masih belum meraih sebarang kemenangan dalam lima perlawanan pertama, meskipun ada tanda-tanda pemain-pemainnya telah mula bangkit dalam perlawanan awal minggu ini.



Tanjong Pagar nyaris menewaskan Hougang - pasukan kejutan musim ini - dalam perlawanan penuh drama kelmarin.



Perlawanan tersebut berakhir 3-3, dengan penyerang azimat Tomoyuki Doi menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk menyelamatkan Hougang daripada tewas buat kali kedua musim ini.



Bagi pemain Tanjong Pagar, wisel penamat yang ditiup pengadil melanjutkan penantian lebih 1,710 minit dan 19 perlawanan sejak musim lalu untuk meraih kemenangan pertama, sejak ia kembali ke pangkuan bola sepak profesional setempat.



Namun cara pemain-pemainnya bangkit untuk bersaing dengan Hougang yang sedang berada dalam 'form' hangat adalah memberangsangkan.



Mungkin, jurulatih Hasrin Jailani telah mendapatkan formula terbaik untuk menggabungkan pengalaman pemain mapan seperti Khairul Amri dengan tenaga pemain-pemain lebih muda seperti penjaga gawang Fashah Iskandar.



Pemain Young Lions pula, di bawah Philippe Aw telah menunjukkan keberanian untuk bersaing dengan lawan yang lebih berpengalaman.



Meskipun pemain-pemainnya mempunyai usia purata sekitar 19 tahun, mereka tahu pertandingan domestik ini adalah peluang terbaik bagi mereka menyakinkan jurulatih nasional untuk memilih mereka bagi tempat ke Sukan Sea hujung tahun nanti.



Aw pula sedang cuba sedaya upaya memupuk keyakinan diri lebih kental dalam pemain-pemainnya.



Bercakap dengan akhbar ini sebelum perlawanan dengan Tampines Rovers kelmarin, Aw berkata beliau menggalakkan pemain-pemainnya untuk menumpukan perhatian kepada keupayaan diri sendiri dan supaya tidak terlalu terganggu dengan perkembangan dalam permainan atau taktik lawan.



Kesan kata-katanya itu dapat dilihat dalam corak permainan pasukan dalam perlawanan itu.



Meskipun ketinggalan banyak gol, pemain Young Lions masih cuba bermain mengikut corak permainan yang telah ditentukan, iaitu membuat hantaran pendek dari gawang sendiri, untuk membentuk serangan secara berperingkat, berbanding menghantar bola tinggi ke bahagian padang lawan.



Mereka dibelasah Tampines 0-7 tetapi kesan formula ini mungkin hanya dapat dilihat di masa depan.



Dalam perlawanan lain esok, Hougang pula akan cuba bangkit daripada kekecewaan dengan mengutip semua tiga mata semasa menentang Balestier.



Balestier, yang menewaskan Geylang International 2-1 dalam perlawanan kelmarin, kini berada dalam form yang baik dan boleh meranapkan impian Hougang terus bersaing di puncak liga.



Pada Ahad pula, Albirex Niigata akan bertemu Tampines Rovers dalam perlawanan yang dinanti-nantikan.



Perlawanan itu juga adalah yang pertama di mana penyokong dibenar masuk ke Stadium Jurong East bagi perlawanan bola sepak SPL.



Meskipun hanya 250 penonton di benarkan masuk, kehadiran penyokong kededua pasukan dijangka boleh menjadi perangsang penting bagi juara bertahan itu dan Tampines, yang boleh meloncat ke atas Albirex jika mengutip semua tiga mata.



Lion City Sailors pula bertemu Geylang International, dan 'form' kededua pasukan mencadangkan Sailors akan mengutip tiga mata penuh.



Namun, Geylang juga boleh mencatat kejutan, terutama kerana ia bermain di depan penyokong sendiri.




JADUAL PERLAWANAN



Esok, 5.30 petang



Young Lions lwn Tanjong Pagar, Stadium Jalan Besar



Balestier Khalsa lwn Hougang, Stadium Toa Payoh



Ahad, 5.30 petang



Albirex Niigata lwn Tampines Rovers, Stadium Jurong East



Geylang International lwn Lion City Sailors, Our Tampines Hub



* Siaran langsung semua perlawanan di YouTube, Facebook Liga Perdana Singapura, SingTel TV, StarHub TV




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >