Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tanpa taring, tumpas dan tersingkir

Jun 11, 2015 | 10:37 PM



HARAPAN Singapura meraih emas bola sepak pertama di depan penyokong sendiri berkecai setelah ia tewas 1- 0 kepada Indonesia dalam perlawanan Kumpulan A terakhir di Stadium Jalan Besar malam 11 Jun.


Aide Iskandar membuat beberapa perubahan pada kesebelasan utama - dengan Ho Wai Loon menggantikan Shakir Hamzah yang digantung satu permainan; dan Amy Recha dan Stanely Ng dimainkan.


Namun perubahan itu gagal meraih ganjaran, dengan Indonesia menguasai permainan dari wisel pertama.


Gol tunggal permainan dijaringkan oleh Evan Dimas Darmono sejurus selepas waktu rehat, apabila rembatannya melencong di luar jangkauan Syazwan Buhari dan menemui penjuru gol.


Walau Aide memasukkan Irfan Fandi, Suria Prakash dan Faris Ramli dalam babak kedua, Singapura gagal merapat jurang dan mencari gol kedua yang diperlukan bagi mara ke separuh akhir, terutama selepas Ho dibuang padang pada minit ke-64.


Di akhir masa kecederaan empat minit, pengadil meniup wisel dan pemain Singa Muda tersungkur ke padang, dengan beberapa pemain menitis air mati.


Namun di saat ini, penyesalan tiada guna. Indonesia layak ke separuh akhir dengan Thailand pada 13 Jun, sementara Singapura perlu bangkit daripada keputusan yang mengecewakan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >