Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Conte dijangka sertai Spurs... ...tapi apakah 'syaratnya'?

Ada percanggahan sebelum ini - pengurus asal Italy dikenali sebagai bos yang tuntut belanja besar bagi tarik pemain-pemain hebat manakala pengerusi Spurs antara yang berjimat dalam Liga Perdana
Nov 03, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Seorang yang mempunyai budaya pemenang termasuk kejayaan menjulang kejuaraan Liga Perdana England dalam CV-nya, selain seorang jurulatih yang dikenali sebagai menuntut disiplin dalam pasukannya dan seorang pakar taktik, tidak hairan mengapa Tottenham Hotspur kini memburu Antonio Conte (gambar kanan) sebagai pengurus baru mereka.



Bekas bos Chelsea dan Inter Milan itu dipercayai bakal menyertai Spurs, bagi menggantikan Nuno Espirito Santo, yang dipecat kelmarin selepas hanya 17 perlawanan.



Jika matlamat Spurs berjaya, ia melengkapi tempoh yang sangat menakjubkan, setelah pengurus asal Italy itu menolak pelawaan pengerusi kelab tersebut, Daniel Levy, pada musim panas lalu untuk kembali ke London.



Langkah Conte menolak tawaran tersebut merintis jalan bagi pelantikan Nuno.



Namun, dengan skuad yang gagal mempamerkan persembahan yang baik secara konsisten, kurang pelaburan dalam tahun-tahun sudah dan pemain bintang serta kapten mereka yang tampak kecewa setelah permintaannya meninggalkan kelab itu ditolak, adakah Conte mahu menyertai Spurs?



Ini lebih-lebih lagi, setelah pengurus itu dikenali sebagai seorang pengurus yang menuntut pelaburan besar dari kelab pimpinannya untuk beliau memperbaiki pasukan.



Malangnya, di Spurs, beliau berdepan dengan pengerusi yang amat berjimat cermat, dan mempunyai reputasi sebagai seseorang yang tidak tertekan untuk berbelanja besar - tidak seperti para pesaingnya yang lain.



"Saya rasa syaratnya sudah berubah," kata bekas penyerang Norwich dan Blackburn, Chris Sutton, merujuk kepada syarat yang diberikan kepada Conte musim panas lalu dan sekarang.



"Conte tidak akan ke Spurs melainkan beliau merasakan beliau dapat memenangi sesuatu. Beliau pasti mahu datang dan melakukan perubahan.



"Jawatan ini bukan menguntungkan bagi Conte, tapi lebih menguntungkan bagi Spurs," ujar beliau.



Penulis bola sepak di New York Times, Rory Smith, pula berkata menurut sumber-sumber, Conte telah dijanjikan sejumlah wang bagi dilaburkan dalam skuad.



"Conte ialah pengurus yang hebat, tapi beliau akan menuntut pelaburan yang besar.



"Kalau kita lihat dalam jawatan-jawatannya sebelum ini, Conte sering menimbulkan pentingnya untuk kelab melaburkan dalam pemain-pemain yang lebih baik.



"Jadi saya rasa, dalam rundingan mereka, Spurs mungkin telah mengatakan: 'Baiklah keadaan sudah berubah berbanding musim panas lalu, jadi kita boleh berbincang mengenai sasaran-sasaran dalam pasaran pemindahan'. Saya rasa itu yang telah berlaku," kata beliau.



Bagaimanapun, wartawan Italy, Gabriele Marcotti, berkata keadaan tersebut sukar dibayangkan kerana Spurs bukanlah kelab yang 'kaya' dan mempunyai bajet pemindahan £200 juta ($368 juta).



"Jadi agak sukar saya faham... apatah lagi dengan Conte dikatakan hanya akan diberikan kontrak 18 bulan.



"Ini sesuatu yang amat luar biasa jika kita mahu bercakap mengenai Spurs sebagai sebuah projek jangka panjang, yang memerlukan kestabilan dari segi pengurusan," ujar beliau. - Agensi berita.




"Conte ialah pengurus yang hebat, tapi beliau akan menuntut pelaburan yang besar. Kalau kita lihat dalam jawatan-jawatannya sebelum ini, Conte sering menimbulkan pentingnya untuk kelab melaburkan dalam pemain-pemain yang lebih baik. Jadi saya rasa, dalam rundingan mereka, Spurs mungkin telah mengatakan: 'Baiklah keadaan sudah berubah berbanding musim panas lalu, jadi kita boleh berbincang mengenai sasaran-sasaran dalam pasaran pemindahan'. Saya rasa itu yang telah berlaku."
- Rory Smith, penulis bola sepak di 'New York Times'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >