RABAT (Maghribi): Tarikh kejohanan Piala Negara-Negara Afrika yang sering dianjurkan pada Januari akan dialihkan kepada Jun dan Julai tahun depan di Cameroon.
Kejohanan yang juga akan menyaksikan 24 negara bertanding dalam kejohanan dwitahunan itu, berbanding 16 sebelum ini, dibuat oleh jawatankuasa eksekutif Gabungan Bola Sepak Afrika (CAF) pada Khamis lalu.