Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Sukan0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Tarikh sepak mula liga masih jadi tanda tanya

Feb 23, 2021 | 05:30 AM

TARIKH permulaan Liga Perdana Singapura musim ini masih menjadi tanda tanya, dengan penganjur masih belum memberi kata putus mengenainya.

Selepas Perisai Masyarakat - yang dianggap sebagai perlawanan pembuka tirai musim - tidak diadakan seperti dijangka Sabtu lalu, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata ia akan mengumumkan butiran mengenai musim akan datang ini, termasuk mengenai ujian swab pemain, apabila tiba masanya.

Jurucakap FAS itu juga berkata: "Pada masa yang sama, kami sedang membuat aturan terakhir dengan Brunei DPMM FC berhubung penyertaannya dalam musim SPL ini.

Dua edisi terakhir Perisai Masyarakat, yang biasanya diadakan seminggu sebelum musim bermula, diadakan pada 23 Februari pada 2019 dan 22 Februari pada 2020.

Dalam laporannya, The Straits Times berkata permulaan SPL tergendala mungkin kerana penyertaan Brunei DPMM yang belum dapat ditentukan dan perintah kuarantin yang dikenakan terhadap pemain Albirex Niigata, selain pemain import kelab-kelab lain.

Berita Popular

DPMM, juara SPL dua kali, menarik diri dari musim lalu disebabkan sekatan pergerakan Covid-19.

Difahami, FAS sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan musim domestik boleh bermula secara selamat dan pada masa yang sesuai.

Ini selepas mengambil kira pertandingan benua di peringkat kelab dan antarabangsa.

Jurulatih dan pemain SPL yang dihubungi ST berkata rancangan masing-masing terganggu akibat keadaan tidak menentu ini, tetapi mereka memahami sebab sebalik jadual perlawanan musim ini masih belum diumumkan.

Ketua jurulatih Tampines Rovers Gavin Lee berkata membuat persiapan bagi musim baru tanpa tarikh permulaan yang pasti bukanlah perkara yang mudah kerana beliau tidak dapat menentukan tarikh akhir latihan pramusim.

"Namun kami tahu ada beberapa perkara yang berubah pada tahun ini dan kami tahu FAS sedang berusaha menangani perkara tersebut.

"Apa yang boleh kita lakukan adalah terus berusaha gigih dan memastikan pemain bersedia apabila musim bermula.

Bersependapat, jurulatih Geylang International Noor Ali berkata pasukannya tiada pilihan lain dan terpaksa menyesuaikan diri dengan cara latihan baru, seperti melalui panggilan video, sebagaimana yang dilakukan pada musim lalu.

"Lebih baik semua keraguan mengenai jadual dihuraikan sebelum musim bermula, daripada mengubah jadual di pertengahan musim," ujar Noor Ali.

Kapten Balestier Khalsa Zaiful Nizam berkata beliau dan pemain lain mendengar desas-desus musim bermula bulan ini, tetapi belum mendapat perkembangan selanjutnya.

Musim lalu, semua 223 pemain dan pegawai SPL menjalani ujian swab sebelum musim disambung semula pada Oktober, tujuh bulan selepas ia dihentikan.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map