Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Team Singapore cemerlang, akhiri Sukan Asia dengan petanda baik bagi masa depan

Sep 01, 2018 | 12:30 PM



JAKARTA: Kontinjen Sukan Asia terbesar Singapura mengakhiri perjuangan di kejohanan sukan yang berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September itu dengan 22 pingat - empat emas, empat perak dan 14 gangsa.



Pemain tenis meja Yu Mengyu memenangi pingat gangsa terakhir pada Sabtu (1 September), selepas  tewas di separuh akhir perseorangan wanita.



Kontinjen Team Singapore diwakili 246 alit  dalam 21 sukan di Indonesia - termasuk 202 atlit yang beraksi di Sukan Asia buat julung-julung kali.



Dua pingat emas Singapura dimenangi di kolam renang oleh Joseph Schooling, sementara kapal layar dan ‘contract bridge’ - permainan meja menggunakan daun terup - menyumbang dua lagi pingat.



Mengatasi kontroversi proses  pengadilan yang didakwa berat sebelah di gelanggang silat, pasukan silat negara menyumbang dua pingat perak dan tiga gangsa. Pasukan sepak takraw pula menyumbang dua pingat gangsa.



Buat julung-julung kali, Singapura beraksi dalam enam sukan di Sukan Asia - memanah, renang artistik, ‘contract bridge’, ‘paragliding’ atau lungsur udara, ju-jitsu, sejenis seni pertahanan diri, dan pencak silat.



Ketua rombongan Team Singapore Lee Wung Yew berkata:  Team Singapore mempertunjukkan persembahan cemerlang di Sukan Asia. Atlit kami menunjukkan mereka tidak gentar apabila berdepan dengan atlit terbaik di dunia dan berjuang bagi setiap mata dan kemenangan.”



“Pencapaian ini, yang dicapai dengan kontinjen yang dibentuk kebanyakan atlit yang beraksi di Sukan Asia buat kali pertama, memberi amat menggalakkan bagi masa depan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >