Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Team Singapore masih bersemangat walau penganjur hadapi beberapa masalah

Nov 10, 2019 | 07:06 PM



DENGAN kurang tiga minggu sebelum Sukan SEA di Filipina membuka tirai, penganjur acara sukan itu sedang berusaha menangani pelbagai isu.



Ini termasuk prasarana yang belum siap, masalah teknologi maklumat (IT) dan masalah lalu lintas di ibu kota Manila.



Namun, chef de mission (CDM) kontinjen negara bagi temasya Sukan SEA itu, Juliana Seow, berkata beliau optimistik bahawa acara itu akan berlangsung seperti yang dirancang.



Beliau berkata demikian semasa di majlis penyampaian bendera negara bagi kontinjen Singapura yang akan menyertai Sukan SEA, Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2020 dan Sukan Para Asean 2020 di Our Tampines Hub semalam (9 Nov).



Cik Seow berkata mereka akan bekerjasama dengan Filipina agar acara yang akan berlangsung di negara itu akan menjadi Sukan SEA terbaik dalam sejarah.



Laporan media bulan ini menarik perhatian isu IT yang boleh menjejas pengalaman peminat yang akan menghadiri acara tersebut.



Kontinjen Singapura merangkumi 666 atlet yang akan menyertai 48 sukan.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu yang hadir di majlis itu selaku tetamu terhormat berkata:



“Kami sangat ghairah menghantar (kontinjen) terbesar bagi Sukan SEA kali ini.



“Lebih separuh daripada mereka akan menyertai acara itu buat kali pertama dan kami gembira mereka berpeluang mengambil bahagian dalam antara acara sukan terpenting di rantau ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >