Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Team Singapore terus menyinar, atasi angka 'keramat' 50 emas

Jun 09, 2015 | 10:55 PM



DENGAN temasya Sukan SEA ini masih separuh jalan, atlit Team Singapore sudah pun berjaya mengatasi angka 'keramat' 50 emas - jumlah pingat emas tertinggi yang pernah dimenangi Singapura dalam sejarah temasya sukan terbesar rantau Asia Tenggara ini.


Kehebatan yang dipamerkan para perenang negara - yang merangkul empat daripada enam emas yang dipertandingkan malam ini (9 Jun) - menjadikan koleksi emas Team Singapore di akhir hari kelima temasya kepada 52 emas.


Dengan banyak lagi acara yang masih akan dipertandingkan sebelum tirai temasya dilabuhkan pada 16 Jun nanti, tentunya pungutan emas kontinjen Singapura dijangka akan terus bertambah - hadiah istimewa bagi negara ini yang menyambut jubli emasnya pada tahun ini.


Dua jaguh, Joseph Schooling dan Quah Zheng Wen, serta srikandi, Tao Li, meneruskan tradisi hebat perenang di kolam renang dengan memenangi emas dalam perlumbaan individu masing-masing.


Schooling kemudian bergandingan dengan Clement Lim, Darren Lim dan Quah Zheng Wen untuk menyumbangkan emas ke-52 Team Singapore apabila memenangi perlumbaan berganti-ganti 4x100 meter gaya bebas lelaki - acara terakhir renang yang berakhir sebentar tadi di Pusat Akuatik OCBC.


Sebelum itu, Tao Li menyamakan rekod 50 emas semasa memenangi perlumbaan 100 meter kuak lentang dengan mencatatkan masa 1 minit dan 02.67 saat.


Bagi Schooling, dua emas yang dimenanginya hari ini - termasuk bagi persaingan 100 meter kuak kupu-kupu - menjadikan pungutan emasnya kepada enam - dan memastikan mahasiswa Universiti Texas berusia 19 tahun itu berada di landasan untuk merangkul sembilan emas di temasya kali ini.


Srikandi bowling negara juga menyerlah di hari pertama sukan itu dipertandingkan di Orchid Country Club hari ini dengan ketiga-tiga wakil Singapura membolot tiga tempat utama bagi acara perseorangan wanita.


Daphne Tan memenangi emas dengan jatuhan 1,368 pin, dengan Jazreel Tan di tempat kedua untuk menang perak dengan jatuhan 1,313 pin. Cherie Tan meraih tempat ketiga selepas menjatuhkan 1,294 pin tetapi peraturan tidak membenarkan negara peserta memenangi kesemua tiga pingat bagi sesebuah acara. Ini bermakna gangsa menjadi milik Ester Cheah dari Malaysia yang menduduki tempat keempat.


Prestasi pasukan lelaki bowling negara agak mengecewakan tetapi Javier Tan menebus sedikit kekecewaannya itu dengan memenangi gangsa acara perseorangan yang diadakan pada sebelah pagi.


Hari ini bermula dengan hebat apabila para peserta kanu negara menambah dua lagi emas negara semasa beraksi di Marina Channel pada sebelah pagi.


Dua emas itu - melalui Sarah Chen dalam K1 200 meter wanita dan Mervyn Toh melalui acara K1 200 meter lelaki - menjadikan koleksi pasukan kanu negara kepada tujuh emas dan lima perak di temasya di Singapura ini - pencapaian terbaiknya sepanjang sejarah Sukan SEA.


Kapal layar - yang secara tradisi menjadi 'lombong emas' Singapura - tidak mengecewakan apabila memyumbangkan empat emas melalui Bernie Chin (laser radial); Colin Cheng (standard laser); Jovina Choo, Dawn Liu, Daniella Ng dan Terena Lam (keelboat berpasukan wanita) dan gandingan Anthony Kiong, Stanley Chan, Colin Ng (keelboat berpasukan lelaki).


Di samping emas-emas itu, atlit Singapura turut menyumbangkan sekurang-kurangnya 15 pingat perak dan tiga pingat gangsa hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >