PASUKAN Young Lions menerima satu kejutan apabila legenda Tottenham Hotspurs, Teddy Sheringham, muncul semasa latihan mereka pada Khamis lalu (14 Jun).
Sesi latihan anjuran AIA Singapura bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) itu memberi peluang Sheringham berinteraksi bersama pemain pasukan itu yang kebanyakan merupakan pemain di bawah 22 tahun.