Temasya penuh tenaga dan ceria, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan3

TEMASYA SUKAN MASYARAKAT KORPORAT 2014

Temasya penuh tenaga dan ceria

Aug 11, 2014 | 06:00 AM

Temasya Sukan Masyarakat Korporat (CCG) 2014 sudah pun dianjurkan pada tiga hujung minggu lalu – 12/13 Julai, 19/20 Julai dan 2/3 Ogos yang baru lalu. Kesemuanya, 10 sukan dipertandingkan di pelbagai lokasi di serata pulau ini. Edisi ke-12 CCG kali ini berjaya menarik penyertaan tertinggi dalam sejarah sukan itu apabila ia disertai oleh 418 pasukan daripada 61 badan korporat – masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 17 peratus dan 9 peratus jika dibandingkan dengan 2013. Kesemua 10 cabang sukan yang dipertandingkan – badminton, bola keranjang 3 lawan 3, futsal, bot naga, bola jaring, pool (8-bola), larian ganti-berganti 20km, tenis meja, tenis dan bowling – dianjurkan di sekitar kawasan kejiranan dalam usaha menarik penyertaan kumpulan masyarakat yang lebih besar. Disokong oleh Sport Singapore (SportSG), CCG 2014 dianjurkan oleh syarikat Ministry of Culture Pte Ltd (MOC) dan bertujuan memanfaatkan sukan sebagai pemangkin kebaikan sosial. Menerusi sukan juga, pertubuhan-pertubuhan boleh membantu para pekerjanya menjalani kehidupan yang lebih baik – sama ada dalam mengimbangi kerja dengan kehidupan, mengerat jalinan antara pekerja, mahupun dalam membangunkan nilai dan sikap positif demi manfaat masyarakat majmuk Singapura. ANWAR YAHYA (anwar@sph.com.sg) berkongsi beberapa adegan CCG 2014 melalui laporan bergambar ini.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map