Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Tempat Man U di pusingan 16 pasukan belum pasti

Kalah 1-3 kepada PSG, Chelsea mara dengan kemenangan 4-0 - semua jaringan Giroud - ke atas Sevilla
Dec 04, 2020 | 05:30 AM



MANCHESTER: Dua jaringan Neymar menghidupkan kembali peluang Paris Saint-Germain (PSG) dalam kempen Liga Juara-Juara, manakala Manchester United berdepan cabaran untuk mara ke peringkat 16 pasukan terakhir selepas tewas 1-3 di Old Trafford awal pagi semalam.



PSG, United dan RB Leipzig kini terikat sembilan mata dalam saingan Kumpulan H, dengan baki satu perlawanan, tetapi juara Perancis itu mempunyai kelebihan apabila menjadi tuan rumah kepada Istanbul Basaksehir, yang telah tersingkir, Selasa ini, manakala United memerlukan mata apabila berkunjung ke Jerman.



Skuad Ole Gunnar Solskjaer terlepas beberapa peluang pada awal separuh masa kedua ketika kedudukan terikat 1-1, selepas Marcus Rashford menyamakan gol pendahuluan Neymar pada babak pertama.



"Kami mempuyai beberapa peluang terbaik dan itu perbezaannya apabila anda beraksi dalam perlawanan besar," kata Solskjaer.



Sementara itu, Olivier Giroud menjadi wira Chelsea selepas menjaringkan empat gol dalam kemenangan 4-0 di Sevilla untuk muncul pendahulu Kumpulan E.



Penyerang berusia 34 tahun itu muncul sebagai pemain tertua menjaringkan hatrik dalam kejohanan itu sejak legenda Hungary Ferenc Puskas melakukannya bersama Real Madrid ketika menentang Feyenoord pada 1965.



Beliau juga pemain pertama menjaringkan empat gol dalam Liga Juara-Juara sejak Cristiano Ronaldo menembusi gawang Malmo lima tahun lalu.



Kedua-dua pasukan itu telah pun layak ke saingan 16 pasukan terakhir, tetapi Giroud, yang jarang diturunkan dalam kesebelasan utama, menggegar gawang lawan untuk membantu Chelsea lonjak ke tangga teratas kumpulan.



"Saya akan terus berusaha melakukannya, menamatkan tugas dengan baik untuk pasukan, dan terpahat dalam sejarah kelab adalah ia menarik, jadi saya bangga membantu pasukan mencapai kemenangan dan menjarngkan empat gol ini," kata Giroud.



Dalam perlawanan di Italy pula, Cristiano Ronaldo mejaringkan gol ke-750 dalam kerjayanya selepas membantu Juventus mengecap kemenangan 3-0 ke atas Dynamo Kiev.



Juara Italy itu sudah mara ke kelompok 16 pasukan terakhir bersama pendahulu Kumpulan G, Barcelona, namun masih dapat mengatasi pasukan Sepanyol itu jika mereka berjaya membawa pulang tiga mata penuh dari Camp Nou awal pagi Rabu depan.



Barcelona pula mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini selepas menewaskan Ferencvaros 3-0.



Ronald Koeman merehatkan Lionel Messi ketika mereka sudah menjamin tempat ke pusingan 16 dan Barca mencipta kemenangan kelima daripada lima perlawanan dalam Kumpulan G menerusi persembahan mantap di Budapest.



Walaupun ketiadaan Messi, penjaga gol Marc-Andre ter Stegen, Philippe Coutinho, serta gandingan Gerard Pique dan Ansu Fati yang cedera, Barca tiada masalah menguasai perlawanan pada babak pertama.



Penyerang Perancis, Antoine Griezmann, yang kurang menyerlah sejak berpindah dari Atletico Madrid 18 bulan lalu, sekarang semakin berbisa sejak dikendalikan Koeman dan membuka tirai jaringan pada minit ke-14, sebelum Martin Braithwaite melebarkan kedudukan enam minit kemudian.



Ousmane Dembele melengkapkan derita tuan rumah menerusi penalti pada minit ke-28 selepas Braithwaite dikasari Abraham Frimpong. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >